Wanita dan pekerjaan: Hubungan dengan kesuburan / Ko Eng

Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian ke atas 30 orang pekerja wanita Cina yang telah berkahwin serta mempunyai suami dan anak di kawasan rumah pangsa Lereh, Melaka. Jenis pekerjaan responden digolongkan sebagai kakitangan/employee dan pekerja sendiri/self-account worker. Tujuan utama kajian iala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ko , Eng
Format: Thesis
Published: 1989
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10479/1/ko_eng.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10479/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian ke atas 30 orang pekerja wanita Cina yang telah berkahwin serta mempunyai suami dan anak di kawasan rumah pangsa Lereh, Melaka. Jenis pekerjaan responden digolongkan sebagai kakitangan/employee dan pekerja sendiri/self-account worker. Tujuan utama kajian ialah untuk melihat hubungan pekerjaan-kesuburan dengan tumpuan khusus; kepada konflik peranan sebagai seorang pekerja dan ibu dengan kesuburan. Di samping juga, ingin melihat kaitan antara budaya dan perancangan keluarga dengan kesuburan. Bab I dinyatakan tentang tujuan, bidang, kaedah dan kepentingan kajian serta masalah-masalah yang dihadapi ketika menjalankan penyelidikan. Penghuraian konsep-konsep diadakan bagi memudahkan lagi pemahaman terhadap penulisan ini. Manakala bab II merupakan peninjauan terhadap penulisan-penulisan awal untuk menambahkan pengetahuan mengenai tajuk kajian ini. Bab III pula dinyatakan tentang latarbelakang kawasan kajian dan sebab-sebab kawasan ini dipilih sebagai samnel kajian. Di samping juga dinyatakan keadaan sosio-ekonomi responden dan suami, aliran kesubuan, latarbelakang keluarga dan anak serta faktor-faktor yang mendorong responden bekerja. Bab-bab seterusnya merupakan topik-topik perbincanann hasil kajian. Bab IV dinyatakan tentang peluasan perana pekerja wanita sebagai seorang pekerjaaan ibu, konflik peranan yang dialami dan cara penyesuaian. Akhirnya dinyatakan rumusan tentang sejauhmana konflik peranan mempengaruhi kesuburan. Faktor budaya juga penting dalam mempengaruhi kesuburan. Bab V akan menghuraikan sistem kekeluargaan dan budaya Cina terutama sikap, nilai dan norma masyarakat Cina terhadap jantina dibandingkan dengan masyarakat Cina tradisional. Bab VI akan meninjau pengetahuan, sikap dan amalan responden terhadap perancangan keluarga. Bab VII, penutup.