Politik di kawasan undi N.17 Engkelili, Sarawak / Sylvester Michael Mijel

Kajian ini adalah mengenai perilaku politik di peringkat 'grassroots' terutama di kalangan suku kaum lban di kawasan undi Dewan Undangan Negeri N.17 Engkilili yang terletak di bahagian kedua Sarawak.Dalam bab pertama kajian ini, merupakan pengenalan kepada bidang, tujuan dan kepentingan ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sylvester Michael , Mijel
Format: Thesis
Published: 1990
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10460/1/Sylvester_Michael_Mijel.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10460/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah mengenai perilaku politik di peringkat 'grassroots' terutama di kalangan suku kaum lban di kawasan undi Dewan Undangan Negeri N.17 Engkilili yang terletak di bahagian kedua Sarawak.Dalam bab pertama kajian ini, merupakan pengenalan kepada bidang, tujuan dan kepentingan kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini serta kesulitan yang dihadapi ketika kajan dilakukan.Bab kedua adalah mengenai perbincangan beberapa konsep yang berkaitan dengan politik serta bagaimana perkaitanannya dengan bidang kajian ini. Bab ketiga merupakan penerangan ringkas mengenai latar belakang politik Sarawak dari tahun 1963 hingga 1987. Tumpuan diberi kepada penubuhan parti-parti politik, pilihanraya-pilihanraya yang pernah diadakan, klasifikasi kawasan undi dan penolakan serta krisis yang pernah berlaku di Sarawak. Di akhir bab ini dimuatkan juga latar belakang mengenai politik Engkilili. Bab kempat merupakan penerangan etnografi suku kaum Iban terutama dari segi sosio bduaya dan ekonomi. Terdapat juga sedikit penerangan tentang kaum Cina di Engkilili. Bab ke lima perbincangan ditumpukan mengani perlilaku dan penyertaan politik di Engkilili. Diterangkan bagaimana faktor-faktor sosio budaya dan hubungan ‘patron-clinet’ dapat mempengaruhi pekembangan politik setempat. Sejauh mana sentimen ‘Dayakism’ mempengaruhi pandangan politik di kalangan suku kaum iban di Engkilili. Bab enam berkisar kepada usaha-usaha pengkaderan dan pengawalan politik oleh beberapa pihak di Engkilili. Beberapa langkah seperti penubuhan cawangan kesatuan belia, pembukaan agensi kerajaan dan penggunaan wang merupakan strategi yang dirancang bagi tujuan tersebut. Bab ke tujuh merupakan kesimpulan pengkaji terhadap kajian serta perkembangan politik di Engkilili.