Implementasi VHDL Untuk Pengecaman Aksara Jawi / Razman Abdul Ghani

Kajian terhadap pembangunan tulisan jawi di era teknologi maklumat yang canggih ini memang kian giat diusahakan pada masa kini kerana beberapa perisian yang berkaitan penulisan jawi ini yang telah diperkenalkan. Namun sememangnya kita ketahui, pengetahuan tentang tulisan jawi agak kurang didedahkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Razman , Abdul Ghani
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10297/1/Razman_Abdul_Ghani_(VHDL_Implementation_For_Jawi_Character_Recognition)0203.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10297/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian terhadap pembangunan tulisan jawi di era teknologi maklumat yang canggih ini memang kian giat diusahakan pada masa kini kerana beberapa perisian yang berkaitan penulisan jawi ini yang telah diperkenalkan. Namun sememangnya kita ketahui, pengetahuan tentang tulisan jawi agak kurang didedahkan kepada masyarakat pada masa ini. Sumber yang biasa kita jumpa untuk mengenali tulisan jawi ini yang popular ialah akhbar harian jawi, itupun dalam kuantiti yang agak kecil. Contoh perisian yang membangunkan penulisan Jawi ialah Jawi Pro Ofis 2002. Jadi pada kajian ini, saya dan kumpulan projek telah berusaha untuk melaksanakan satu kajian yang bertujuan untuk mengecamkan aksara tulisan jawi yang kurang jelas seperti manuskrip lama atau tulisan tangan kepada imej yang lebih jelas. Beberapa proses telah dilakukan dalam melaksanakan projek ini. Dalam menjayakan teori kajian ini, algorithma yang digunakan adalah berdasarkan kaedah kod rantaian. Selain itu kajian ini menggunakan konsep kejiranan Piksel sebagai satu langkah yang sesuai bagi membaca nilai imej pada piksel tersebut. Diharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan memperkembangkan lagi penulisan jawi ini kepada dunia luar. Semoga kajian pengecaman aksara tulisan jawi yang berimplementasikan bahsa perihalan perkakasan VHDL dapat direalisasikan dengan jayanya seterusnya membuat anjakan paradigma terhadap kemajuan penulisan jawi ini.