Sistem penempahan buku atas talian / Noor Sabariah Salleh

Sistem Penempahan Buku Atas Talian merupakan sebuah sistem penempahan buku yang bakal dibangunkan di Pekan Buku, Universiti Malaya. Menyedari bahawa terdapat beberapa kesulitan yang timbul dalam pelaksanaan sistem manual yang lama, pembangun mengambil langkah dengan membangunkan sistem penempahan at...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Sabariah, Salleh
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10261/1/Noor_Sabariah_Salleh_(Sistem_Penempahan_Buku_Atas_Talian)0203.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10261/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Penempahan Buku Atas Talian merupakan sebuah sistem penempahan buku yang bakal dibangunkan di Pekan Buku, Universiti Malaya. Menyedari bahawa terdapat beberapa kesulitan yang timbul dalam pelaksanaan sistem manual yang lama, pembangun mengambil langkah dengan membangunkan sistem penempahan atas talian. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, sistem ini merupakan sistem pertama yang dibangunkan di kedai buku atau koperasi buku pusat pengajian tinggi awam di Malaysia. Objektif utama sistem ini adalah untuk memudahkan proses penempahan buku di kalangan pengguna termasuklah pelajar, pensyarah dan warga kampus yang lain. Sistem Penempahan Buku Atas Talian merupakan sebuah laman web yang membenarkan komunikasi dua hala di antara sistem dengan pengguna. Sistem bukan hanya memaparkan maklumat yang dikehendaki kepada pengguna malah sistem juga membenarkan pengguna membuat permohonan seperti permohonan tempahan buku dan cadangan buku. Ciri-ciri menarik seperti terdapatnya permohonan untuk mendapatkan kad diskaun dan keupayaan sistem memberi cadangan tempat jualan buku yang berhampiran menjadikan sistem ini berbeza dengan sistem-sistem penempahan buku yang terdapat di pasaran. Di harap dengan penghasilan Jaman web ini, ia dapat meningkatkan tahap kemajuan teknologi maklumat terutamanya perkhidmatan secara atas talian yang telah sedia ada seperti pendaftaran kursus atas talian. Semoga Sistem Penempahan Buku Atas Talian ini mampu diaplikasikan dalam dunia Kampus bagi memudahkan urusan penempahan buku oleh warga Kampus.