Intelligent Tutoring System for Mandarin-English (ITS-4-ME) / Wan Faizah Wan Zin

Latihan ilmiah yang dijalankan adalah bertajuk “Intelligent Tutoring System for Mandarin-English (ITS-4-ME)”. Sistem Tutor Pintar bagi pembelajaran bahasa Mandarin-Inggeris atau Intelligent Tutoring System for Mandarin-English (ITS-4-ME) ini merupakan sistem pembelajaran berasaskan komputer. Pengaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Faizah, Wan Zin
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10167/1/Wan_Faizah_Wan_Zin_%2D_Academic_exercise.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10167/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan ilmiah yang dijalankan adalah bertajuk “Intelligent Tutoring System for Mandarin-English (ITS-4-ME)”. Sistem Tutor Pintar bagi pembelajaran bahasa Mandarin-Inggeris atau Intelligent Tutoring System for Mandarin-English (ITS-4-ME) ini merupakan sistem pembelajaran berasaskan komputer. Pengajaran dilaksanakan berdasarkan maklumat yang disimpan di dalam Model Domain Pengetahuan sistem dan sekaligus berfungsi sebagai mesin translasi bagi bahasa Mandarin-Inggeris. Sistem ini berupaya membuat andaian mengenai tahap pengetahuan dan pencapaian pelajar bagi membolehkan sistem mencadangkan proses pembelajaran yang efektif. ITS-4-ME juga mampu membuat komen atau analisa mengenai kelemahan pelajar dan aspek yang perlu ditekankan bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar. Subset bahasa Mandarin yang diwakilkan di dalam ssistem ini merupakan Perwakilan Peraturan Tatabahasa dan Perwakilan Penterjemahan Ayat serta Perkataan. Secara dasarnya, sistem ini mengandungi Nota Penterjemahan dan Kuiz Penterjemahan. Skop bagi projek ini lebih menumpukan kepada pengajaran untuk bertutur dalam bahasa Mandarin mengikut situasi tertentu. Sistem ini dibina dengan menggunakan bahasa pengatucaraan visual C++ serta gabungan pendekatan Casebased Reasoning, Sains Kognitif dan Multimedia.