e-Istilah Sains Komputer / Suriana Supaan

Masalah penggunaan istilah adalah isu yang sering dianggap remeh oleh masyarakat kita hari ini. Justeru, sistem E-ISK ini dibangunkan atas dasar memperbetulkan kepincangan dalam penggunaan istilah yang khusus dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Laporan Latihan Ilmiah II ini dibahagik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suriana , Supaan
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10000/1/Suriana_Supaan_%2D_Academic_exercise.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10000/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah penggunaan istilah adalah isu yang sering dianggap remeh oleh masyarakat kita hari ini. Justeru, sistem E-ISK ini dibangunkan atas dasar memperbetulkan kepincangan dalam penggunaan istilah yang khusus dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Laporan Latihan Ilmiah II ini dibahagikan kepada 7 bab iaitu Pendahuluan, Tinjauan Kepustakaan, Metodologi, Rekabentuk Sistem, Pengimplimentasian Sistem. Pengujian dan Penilaian Siatem. Bab pertama laporan ini akan menerangkan definisi, skop dan objektif sebenar sistem. Di samping itu, terdapat juga penjelasan mengenai antaramuka sistem yang dicadangkan beserta kekangan-kekangan awal yang mungkin akan berlaku. Di dalam bab Tinjauan Kepuasan, disenaraikan beberapa sistem yang telah di buat perbandlngan untuk mendapatkan maklumat untuk membangunkan sistem. Selaln itu, maklumat juga dikumpulkan berdasarkan bahan-bahan cetak seperti buku-buku rujukan yang berkaitan, tinjauan terhadap perisian yang mungkin akan digunakan, tinjauan metodologi yang akan dipilih, temuramah dengan pengguna sistem (users) dan teknik-teknik menghasilkan halaman Web yang baik. Dalam bab Metodologi, akan diterangkan pula strategi-strategi pembangunan yang terlibat, pemilihan perkakasan dan perisian, peralatan bahasa aturcara yang akan digunakan serta rekabentuk dan senibina sistem yang akan dibangunkan. Bab Rekabentuk Sistem pula akan menerangkan secara tarperinci rekabentuk sistem sebenar bersama gambarajah aliran data (DFD) bagi setiap modul yang akan menjelaskan bagaimana aliran data atau maklumat berlaku di dalam sistem. Di dalam bab seterusnya iaitu bab Pengimplementasian Sistem dan Pengujian, persekitaran yang tertibat dalam pembangunan sistem dibincangkan. lni termasuklah perkasasan, perisian dan bahasa pengaturcaraan yang digunakan. Selain itu, jenla-jenis pengujian yang telah dilakukan ke ataa sistem juga turut dibincangkan satu persatu. Manakala bab terlakhir laporan ini pula ialah berkenaan Penilaian Sistem. lanya merangkumi penilaian daripada pengguna akhir, masalah dan kekangan sistem serta cadangan untuk memperbaiki sistem di masa hadapan.