Realiti dan cabaran dalam rawatan Islam: analisis Hadith-hadith tentang pendekatan dan kaedah rawatan Nabi s.a.w merawat penyakit sihir

Perkembangan pusat-pusat rawatan Islam kini menyaksikan wujudnya pelbagai pendekatan dan kaedah yang dilabelkan sebagai “Pengubatan Islam” atau “Rawatan Islam”. Realitinya, hanya sebahagian daripada pusat-pusat rawatan Islam tersebut yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah dalam rawat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Khadher, Suliaman, Ishak
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, UM 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/2042/1/M12_Khadher-MUSNAD2011.pdf
http://eprints.um.edu.my/2042/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan pusat-pusat rawatan Islam kini menyaksikan wujudnya pelbagai pendekatan dan kaedah yang dilabelkan sebagai “Pengubatan Islam” atau “Rawatan Islam”. Realitinya, hanya sebahagian daripada pusat-pusat rawatan Islam tersebut yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah dalam rawatan yang dijalankan. Sebahagian yang lain hanya melebelkan mereka pendokong rawatan Islam, pada hal berlaku pencampuran antara hak dan batil serta kadang kala kaedah rawatan yang dijalankan menyalahi syariat. Melalui analisis kualitatif dan kuantitatif, artikel ini berusaha untuk mengumpulkan hadith-hadith yang berkaitan dengan rawatan sihir dan menilai fiqh al-hadith bagi menjelaskan pendekatan dan kaedah rawatan Rasulullah SAW merawat dan menghadapi penyakit ini. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat tujuh (7) pendekatan dan kaedah rawatan yang dapat dijana melalui fiqh al-hadith tersebut iaitu, (1) Kaedah Mengenalpasti Tempat Barang Sihir Disembunyikan, (2) Kaedah Mengeluarkan Bahan Sihir dan Membatalkannya, (3) Kaedah Menanam dan Memusnahkan Bahan Sihir, (4) Kaedah Ruqyah Ke Atas Mangsa Sihir (Termasuk Melakukan al-Nushrah Yang Dibenarkan), (5) Kaedah Memberi Minum Air Ruqyah, (6) Kaedah Tepukan (Menepuk-Nepuk Tubuh Pesakit Menggunakan Tapak Tangan), dan (7) Kaedah Mandi.