Isu-isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia pasca Pilihanraya Umum (PRU14): Aplikasi pendekatan kesederhanaan

Indikator hubungan sosial dalam masyarakat Malaysia sentiasa menunjukkan dalam keadaan pasang surut. Lebih-lebih lagi di era teknologi komunikasi dan maklumat kini. Saban hari timbul pelbagai isu yang melibatkan unsur-unsur provokasi, prejudis dan persepsi yang didorong oleh pelbagai faktor sama ada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli, Mohd Anuar, Zulkepli, Muhammad Izzul Syahmi, Abdul Rahim, Rahimin Affandi, Razak, Muhd Imran Abd, Hamdan, Mohamad Naqib, Marinsah, Syamsul Azizul
Other Authors: Nor, Roslan Md
Format: Book Section
Language:English
Published: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/19625/1/ISU-ISU_SENSITIF_DALAM_MASYARAKAT_MAJMUK.pdf
http://eprints.um.edu.my/19625/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Indikator hubungan sosial dalam masyarakat Malaysia sentiasa menunjukkan dalam keadaan pasang surut. Lebih-lebih lagi di era teknologi komunikasi dan maklumat kini. Saban hari timbul pelbagai isu yang melibatkan unsur-unsur provokasi, prejudis dan persepsi yang didorong oleh pelbagai faktor sama ada dalaman atau luaran. Terutamanya, dalam peralihan kuasa pasca PRU14, isu-isu sensitif yang timbul dalam masyarakat Malaysia merentasi kepercayaan dan pegangan agama, dan juga etnik perkauman. Berbanding sebelumnya, isu yang timbul lebih bersifat keagamaan dan perkauman. Sebaliknya pada masa kini, isu yang tercetus lebih cenderung kepada blok politik yang utama yang tidak lagi berdasarkan parti politik perkauman, khusus kaum Melayu, Cina dan India. Sebaliknya, isu sensitif di era baharu telah diwarnai dengan latar belakang parti politik yang multi agama dan multi kaum. Selaras dengan perubahan lanskap politik tersebut, isu-isu yang timbul merentasi stereotaip agama dan etnik. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan tentang isu-isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia pasca PRU14 dan merumuskan pendekatan yang relevan dengan prinsip kesederhanaan Islam dalam menangani isu sensitif yang berbangkit sesuai dengan realiti keragaman di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, isu-isu sensitif akan dikenalpasti secara rawak melalui media cetak dan media sosial dan akan dianalisis kandungannya. Berdasarkan isu tersebut, satu pendekatan kesederhanaan akan dirumuskan sebagai solusi yang efisien bagi menanganinya. Oleh itu, hubungan sosial perlu dipelihara oleh semua pihak agar keharmonian bersama dapat diwujudkan dalam suasana iklim politik baharu.