“Terrorisme tiada agama”: mencari titik perdamaian antara umat beragama

Maraknya aktiviti terrorisme kini seringkali dikaitkan dengan motif keagamaan. Seringkali agama dipersalahkan dan menjadi kambing hitam dalam tiap tindakan terrorisme, umpamanya pengeboman diri, tembakan rambang dan sebagainya. Kesannya akan memicu konflik dan salah faham antara umat beragama. Fenom...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli, Mohd Anuar, Razak, Muhd Imran Abd, Abdul Rahim, Rahimin Affandi, Yusof @ Salleh, Muhammad Yusri, Hassan, Paiz, Jelani, Ahmad Bakhtiar, Zulkepli, Muhammad Izzul Syahmi
Other Authors: Nor, Roslan Md
Format: Book Section
Language:English
Published: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/19624/1/TERRORISME_TIADA_AGAMA.pdf
http://eprints.um.edu.my/19624/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Maraknya aktiviti terrorisme kini seringkali dikaitkan dengan motif keagamaan. Seringkali agama dipersalahkan dan menjadi kambing hitam dalam tiap tindakan terrorisme, umpamanya pengeboman diri, tembakan rambang dan sebagainya. Kesannya akan memicu konflik dan salah faham antara umat beragama. Fenomena ini jika tidak ditangani segera akan mewujudkan ketidakharmonian khususnya dalam hubungan antara agama. Sedangkan secara asasnya, tiada agama yang membenarkan aktiviti keganasan. Malah dalam Islam, terdapat peraturan yang ketat sama ada dalam konteks damai mahupun peperangan. Contohnya, dalam kondisi peperangan, golongan tua, perempuan dan kanak-kanak serta rumah ibadat dilindungi di samping tidak boleh dimusnahkan. Ironinya, dalam tindakan keganasan, sasaran yang dilakukan tanpa mengira golongan jantina, rumah ibadat atau kondisi aman dan peperangan. Dalam kes pengeboman berani mati, banyak nyawa yang terkorban dan rumah ibadat dimusnahkan. Keadaan ini jelas bertentangan dengan panduan syariat Islam. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan tentang terrorisme dengan menfokuskan terhadap isu pengeboman diri atau berani mati. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji akan meneliti kes-kes pengeboman yang dilaporkan di samping menganalisis perspektif hukum Islam tentang tindakan pengeboman diri khususnya dalam konteks Asia Tenggara. Hasil kajian mendapati, terrorisme tiada hubungan dengan agama, bahkan ia merupakan tindakan yang menyimpang dari ajaran agama.