Golongan gelandangan di Malaysia: Antara perluasan tafsiran asnaf Ibnu al-Sabil dan al-Riqab

Golongan gelandangan merupakan satu kelompok masyarakat marginal yang terdapat di bandar-bandar besar, misalnya di Kuala Lumpur. Kewujudan golongan ini adalah disebabkan pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak antaranya adalah kemiskinan bandar, konflik keluarga, gangguan mental dan gejala sosi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idris, M.A.H., Ramli, M.A.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/18553/1/zakat_gelandangan.pdf
http://eprints.um.edu.my/18553/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Golongan gelandangan merupakan satu kelompok masyarakat marginal yang terdapat di bandar-bandar besar, misalnya di Kuala Lumpur. Kewujudan golongan ini adalah disebabkan pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak antaranya adalah kemiskinan bandar, konflik keluarga, gangguan mental dan gejala sosial. Bertitik tolak daripada faktor tersebut, mereka mengambil keputusan untuk tinggal di jalanan tanpa mempunyai tempat tinggal yang tetap dan sesuai. Dalam mendepani isu gelandangan, pelbagai bentuk bantuan telah diberikan kepada golongan gelandangan sama ada oleh agensi kerajaan ataupun pertubuhan bukan kerajaan, misalnya penyediaan penginapan transit, bantuan makanan dan sebagainya. Namun, dalam pengagihan zakat, tiada satu kategori asnaf yang khusus diperuntukkan bagi golongan gelandangan. Biasanya mereka dikaitkan dengan asnaf fakir miskin kerana hidup di jalanan. Sehubungan itu, untuk mengenalpasti status asnaf gelandangan, kajian ini menggabungkan antara pendekatan kepustakaan dan temubual bagi pengumpulan data. Data kualitatif telah dianalisis untuk menjelaskan tentang status gelandangan dan implikasinya terhadap penentuan asnaf yang sesuai dengan keadaan golongan ini. Hasil kajian mendapati, terdapat dua kategori asnaf dalam menangani golongan gelandangan. Pertama adalah asnaf ibn sabil dan kedua adalah asnaf al-riqab. Bantuan kategori asnaf ibn sabil disebabkan golongan gelandangan tiada kediaman yang khusus dan tinggal di jalanan umpama terputus bekalan, sedangkan di bawah kategori asnaf al-riqab disebabkan mereka dibelenggu oleh pemikiran negatif dan memilih kehidupan yang kotor serta serba kekurangan, iaitu di jalanan. Bagi asnaf ibn sabil, bantuan berbentuk segera boleh disalurkan seperti bantuan makanan, pakaian dan kit penjagaan diri, manakala asnaf al-riqab, bantuan jangka pendek berbentuk sokongan bagi tujuan pembebasan mereka dari belenggu negatif boleh diberikan. Misalnya seperti kursus motivasi, pembinaan jati diri dan latihan kemahiran yang bersesuaian. Dengan perletakan kategori yang khusus ini, golongan gelandangan dapat dibasmi di samping mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan belenggu negatif, sekaligus mereka dapat menikmati bersama- sama kesejahteraan sosial dalam arus kemajuan bandar.