Legasi Mazhab Syafi'i di Malaysia: Antara kekangan tradisionalisme dan tuntutan liberalisme
Mazhab Syafi'i sudah lama bertapak di Malaysia seiring dengan perkembangan Islam di Alam Melayu. Kelangsungan proses transmisi mazhab ini sarna ada dari rantau Timur Tengah mahupun benua India diperkuatkan melalui aktiviti pembelajaran, pengajaran, penyebaran karya-karya dan pemikiran. Malah...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.um.edu.my/14985/1/0001.pdf http://eprints.um.edu.my/14985/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Mazhab Syafi'i sudah lama bertapak di Malaysia seiring dengan perkembangan Islam di
Alam Melayu. Kelangsungan proses transmisi mazhab ini sarna ada dari rantau Timur
Tengah mahupun benua India diperkuatkan melalui aktiviti pembelajaran, pengajaran,
penyebaran karya-karya dan pemikiran. Malah mazhab Syafi'i telah dijadikan pegangan
rasmi bagi beberapa buah negara di Alam Melayu. Kerana itulab jiqh mazhab Syafi't
dianggap satu warisan keilmuan yang amat berharga di Malaysia kini. Berasaskan kenyataan
tersebut, kajian ini akan melakukan tinjauan terhadap kelangsungan mazhab Syafi'i pada
hari ini. Ia berikutan berlakunya beberapa polemik dan isu pemikiran yang dilihat menggugat
kedudukan mazhab Syafi'i di Malaysia. Gugatan itu lahir kesan antara interaksi yang tidak
harmoni antara kelompok tradisionalis yang mempertahankan status quo mazhab dan
kelompok golongan liberal yang ingin melepaskan diri daripada tradisi jiqh dengan wajah
pasca modernisme. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji akan membincangkan isu-isu
yang menjadi polemik dalam kalangan aliran berkaitan. Hasil kajian mendapati, kedudukan
dan kelangsungan mazhab Syafi'i di Malaysia pada hari ini wajar dipertahankan khususnya
sebagai mekanisme perpaduan umat Islam. Namun ia masih memerlukan kepada penyesuaian
semasa selaras dengan kaedah usul yang dikemukakan dalam mazhab tersebut. Ini bererti,
penentuan hukum dalam kerangka mazhab Syafi'i sesuai pada hari ini perlu kepada penilaian
semula dengan menggunakan metode usul mazhab Syafi'i agar ia dapat terus dipraktiskan
dalam keadaan masyarakat yang berubah .. |
---|