Penekanan aspek wastiyyah bagi pembangunan kesejahteraan masyarakat Islam melalui pengubatan alternatif Islam pengalaman di Malaysia

Pemahaman yang sebenar terhadap aspek wasatiyyah dan penerapannya dalam pelbagai bidang adalah perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Aspek pengubatan alternatif Islam adalah antara bidang yang boleh diterapkan aspek tersebut sehingga dapat menjadikan bidang pengubatan alternatif ini tidak ters...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, K.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/14824/1/0001.pdf
http://eprints.um.edu.my/14824/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemahaman yang sebenar terhadap aspek wasatiyyah dan penerapannya dalam pelbagai bidang adalah perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Aspek pengubatan alternatif Islam adalah antara bidang yang boleh diterapkan aspek tersebut sehingga dapat menjadikan bidang pengubatan alternatif ini tidak tersasar daripada matlamat dan dasar Islam yang sebenar. Realiti semasa menunjukkan bahawa penawaran perkhidmatan rawatan oleh pengamal pengubatan Islam di Malaysia mempunyai pelbagai motif sama ada untuk tujuan perniagaan bagi meraih keuntungan, membantu pesakit, mengenakan bayaran perkhidmatan rawatan yang membebankan, tidak menjaga batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan wanita, mencampur aduk dengan rawatan bomoh yang menyeleweng dan sebagainya lagi. Keadaan tersebut tidak: mengambarkan kepada tema dan nilai Islam yang sebenar tetapi telah melampaui batasan yang ditetapkan dalam syariat Islam. Berdasarkan kepada metode analisis induktif, deduktif dan deskriptif, kajian ini berusaha untuk menerapkan aspek wasitiyyah dalam bidang pengubatan alternatif Islam bagi tujuan untuk memastikan title "Islam" yang diguna pakai dalam bidang ini adalah bertepatan dengan tuntutannya. Hasil kajian mendapati bahawa melalui penerapan terhadap aspek-aspek wastiyyah perlu dilakukan terhadap pengasas atau pengamal pengubatan dan pesakit. Walaupun begitu, penerapan terhadap pengasas atau pengamal pengubatan dilihat lebih dominan memandangkan bahawa peranan mereka dalam menyediakan khidmat rawatan dan berhubung dengan pesakit melalui pusat rawatan alternatif yang dikenalikan. Kata kunci: Wasatiyyah; Pengubatan Alternatif Islam; Malaysia;Bomoh; Khurafat.