Kesan perkembangan sains dan teknologi kepada perubahan ijtihad fiqh: Analisis terhadap tempoh maksimum kehamilan dan darah haid perempuan mengandung
Perkembangan sains dan teknologi banyak membantu para fuqaha' kontemporari dalam memberikan gambaran yang jelas sebelum mereka mengeluarkan sesuatu fatwa atau hukum. Namun, bagi fuqaha' klasik, mereka hanya bergantung kepada maklumat dan pengalaman individu yang terbatas. Kesannya, terd...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.um.edu.my/14746/1/0001.pdf http://eprints.um.edu.my/14746/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan sains dan teknologi banyak membantu para fuqaha' kontemporari dalam memberikan
gambaran yang jelas sebelum mereka mengeluarkan sesuatu fatwa atau hukum. Namun, bagi fuqaha'
klasik, mereka hanya bergantung kepada maklumat dan pengalaman individu yang terbatas.
Kesannya, terdapat beberapa fatwa bertentangan dengan penemuan sains terkini. Kajian ini bertujuan
mengkaji hubungan dan kepentingan sains dan teknologi dalam membantu para fuqaha'
mengeluarkan hukum. Kajian ini akan melihat dua contoh isu fiqh perubatan yang berlaku khilaf di
kalangan fuqaha' klasik, dan ia mampu diputuskan dengan penemuan sains dan teknologi terkini.
Tempoh maksimum kehamilan yang disebutkan oleh fuqaha' klasik adalah antara sembilan bulan
hingga tujuh tahun, sedangkan pengamal perubatan mengatakan kandungan yang melepasi tempoh
42 minggu adalah sangat merbahaya. Sebahagian dari mereka juga berpendapat bahawa perempuan
mengandung masih boleh mengalami haid sedangkan ia bertentangan dengan dapatan sains terkini.
Hasil kajian membuktikan bahawa penemuan sains dan teknologi sangat penting dalam membantu
pengeluaran fatwa, disarnping keperluan menilai semula beberapa fatwa fuqaha' klasik yang dilihat
bertentangan dengan fakta sains. |
---|