Ahl Al-Sunnah wa al-jama' ah dalam kary a akidah ulama Melayu: Tinjauan karya Sheikh Zainal Abidin Al-Fatan

Sheikh Zainal Abidin al-Fatani atau lebih dikenali Tuan Minai merupakan seorang tokoh ulama Melayu yang aktif mengarang karya berkaitan akidah. Nama beliau berada sebaris dengan tokoh-tokoh ulama Melayu abad ke-18 dan 19.Beliau dilahirkan di Kampung Bendang Badang, Patani dan meninggal dunia dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Latif, Faizuri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/14302/1/0001.pdf
http://eprints.um.edu.my/14302/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sheikh Zainal Abidin al-Fatani atau lebih dikenali Tuan Minai merupakan seorang tokoh ulama Melayu yang aktif mengarang karya berkaitan akidah. Nama beliau berada sebaris dengan tokoh-tokoh ulama Melayu abad ke-18 dan 19.Beliau dilahirkan di Kampung Bendang Badang, Patani dan meninggal dunia dalam lingkungan tahun 1913M di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Sheikh Zainal Abidin al-Fatani bukan sahaja mengarang kitab-kitab agama, malah menghasilkan karya dalam pelbagai genre ilmu, namun karya berkaitan akidah lebih mendominasi berbanding karya lain. Artikel ini akan meneliti pemikiran Sheikh Zainal Abidin al-Fatani tentang pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berdasarkan kitab akidah karangan beliau. Peringkat awal penelitian akan dilakukan dalam memahami pemikiran ulama Melayu tentang fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Berdasarkan penelitian yang dibuat mendapati bahawa beliau sebagaimana ulama Melayu lain menjadi pendokong kuat kepada aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah beraliran al-Asyairah yang menjadi tunjang akidah umat Islam di Nusantara. Beberapa kitab akidah beliau menjadi bukti keutuhan pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam kerangka pemikiran ulama Melayu sejak beberapa dekad yang lalu. Kata Kunci: Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Sheikh Zainal Abidin al-Fatani, Karya Ulama Melayu, Nusantara