Kerelevanan program pengajian undang-undang Islam dalam mendepani cabaran semasa: Pengalaman Universiti Malaya

Pengajian Undang-Undang Islam di Universiti Malaya bertujuan untuk menyediakan graduan yang bakal menceburi bidang kehakiman dan perundangan Islam. Sejak 2008 Universiti Malaya menerusi Akademi Pengajian Islam telah menawarkan program baru yang dinamakan Sarjana Muda Syariah dan UndangUndang. Progra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, S.Z., Awang Mat, M.Z.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/14086/1/KERELEVANAN_PROGRAM_PENGAJIAN_UNDANG-UNDANG.pdf
http://eprints.um.edu.my/14086/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajian Undang-Undang Islam di Universiti Malaya bertujuan untuk menyediakan graduan yang bakal menceburi bidang kehakiman dan perundangan Islam. Sejak 2008 Universiti Malaya menerusi Akademi Pengajian Islam telah menawarkan program baru yang dinamakan Sarjana Muda Syariah dan UndangUndang. Program ini merupakan penambahbaikan kepada program sedia ada iaitu program Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Undang-Undang). Program lama memakan masa tiga tahun dan untuk membolehkan graduan program ini memasukki skim perkhidmatan kehakiman dan perundangan Islam, mereka disyaratkan mengambil Diploma Amalan Kehakiman dan Pentadbiran Islam (DAIJ). Dengan adanya program baru yang memakan masa empat tahun, mereka yang bergraduat sudah tidak perlu mengambil diploma berkenaan. Kertas kerja ini membincangkan bagaimana kurikulum pengajian BShL digubah, penggunaan teknologi dalam pengajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar dan mekanisme latihan industri digunakan bagi membolehkan APIUM melahirkan graduan yang berketrampilan dan seterusnya menjamin employability graduan.