Pengurusan kecairan berasaskan aset dan liabiliti perbankan Islam di Malaysia

Risiko kecairan bukan sahaja satu topik yang menarik didalam perbankan islam, tetapi ia menjadi isu terhadap kesemua bank termasuk bank konvensional dan juga badan pengawalselia yang terlibat. Pengurusan kecairan yang mantap akan mampu mengelakkan bank dari mengalami kekurangan dalam deposit permint...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Halim, M.R., Mohamad, M.T., Sulaiman, A.A.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/13952/1/PKEM2012_3D6.pdf
http://eprints.um.edu.my/13952/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Risiko kecairan bukan sahaja satu topik yang menarik didalam perbankan islam, tetapi ia menjadi isu terhadap kesemua bank termasuk bank konvensional dan juga badan pengawalselia yang terlibat. Pengurusan kecairan yang mantap akan mampu mengelakkan bank dari mengalami kekurangan dalam deposit permintaan. Risiko kecairan adalah risiko kerugian yang disebabkan oleh kegagalan untuk mendapatkan dana pada kos yang berpatutan untuk membiayai operasi bank dan menyediakan liabiliti pada masa yang diperlukan. Bank islam khususnya mempunyai risiko kecairan yang berbeza dengan bank konvensional kerana instrumen dan produk yang digunakan adalah bebas daripada riba dan berlandaskan prinsip-prinsip syarak. Kajian ini akan melihat kepentingan kecairan yang berasaskan aset dan liabiliti. Spesifikasi model dibina dan berasaskan data panel melibatkan pembolehubah dalaman dan juga luaran bank merangkumi faktor-faktor makroekonomi dari tahun 1997 hingga 2010. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembiayaan perbankan islam tidak terpengaruh dengan nisbah kecairan berasakan aset dan liabiliti, akan tetapi signifikan terhadap beberapa pembolehubah yang lain.