Institusi pendidikan sebelum Madrasah Nizamiyyah
Kesedaran umat Islam terhadap kepentingan pendidikan menyebabkan berlakunya pertumbuhan pelbagai institusi pendidikan dalam sejarah Islam. Kemunculan ini merupakan hasil usaha penginstitusian ilmu yang menjadi salah satu tanda kecemerlangan pemikiran umat Islam pada ketika itu. Pembangunan institusi...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Published: |
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.um.edu.my/12556/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesedaran umat Islam terhadap kepentingan pendidikan menyebabkan berlakunya pertumbuhan pelbagai institusi pendidikan dalam sejarah Islam. Kemunculan ini merupakan hasil usaha penginstitusian ilmu yang menjadi salah satu tanda kecemerlangan pemikiran umat Islam pada ketika itu. Pembangunan institusi pendidikan sebenarnya merupakan suatu usaha ke arah mecapai tujuan pendidikan Islam itu sendiri iaitu melahirkan susuk peribadi dan anggota masyarakat yang baik. Maka, institusi seumpama kuttab, masjid, perpustakaan, madrasah dan sebagainya disediakan kepada para ilmuwan dan penuntut ilmu untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan, malah sebahagian daripada institusi tersebut menyediakan kemudahan seumpama gaji, biasiswa, kediaman, asrama, makanan, minuman, khidmat kesihatan dan sebagainya bagi memastikan keselesaan dan penumpuan para ilmuwan dan penuntut ilmu terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Artikel ini bertujuan menyoroti sejarah institusi pendidikan yang wujud sebelum daripada kemunculan Madrasah Nizamiyyah. Pemilihan Madrasah Nizamiyyah sebagai titik pengukur adalah disebabkan kerana madrasah tersebut telah dinyatakan sebagai madrasah bersistematik yang pertama dalam sejarah Islam. Malah, pembangunan Madrasah Nizamiyyah juga telah mempengaruhi perkembangan institusi pendidikan yang muncul selepas itu sama ada di dunia Islam mahupun Barat sehingga pembangunannya dianggap sebagai titik permulaan kecemerlangan institusi pendidikan Islam. Justeru, kertas ini akan memperihalkan tentang sejarah institusi pendidikan yang wujud sebelum daripada kemunculan Madrasah Nizamiyyah sebagai langkah untuk memperkenalkan perkembangan institusi pendidikan dalam sejarah Islam. |
---|