Za'ba dan idea Tajdid Islam di Malaysia: Satu analisa ringkas

Dalam konteks Malaysia kini, terdapat kecenderungan di kalangan sarjana dari pelbagai disiplin pengajian, untuk menumpukan kajian terhadap seseorang tokoh penting yang dilihat pernah memainkan peranan yang bermakna di dalam kehidupan bermasyarakat. Trend yang menggunakan kajian yang berbentuk memuir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahimin Affandi, A.R., Mohd Anuar, R.
Format: Article
Published: University of Malaya 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/11435/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam konteks Malaysia kini, terdapat kecenderungan di kalangan sarjana dari pelbagai disiplin pengajian, untuk menumpukan kajian terhadap seseorang tokoh penting yang dilihat pernah memainkan peranan yang bermakna di dalam kehidupan bermasyarakat. Trend yang menggunakan kajian yang berbentuk memuir ini dilihat bukan terhad dibuat untuk kepentingan politik murahan semata-mata, tetapi turut membabitkan kajian ilmiah yang bersifat saintifik iaitu memperincikan biodata dan kaedah perjuangan yang diusahakan oleh seseorang tokoh pilihan mengikut konteks zamannya, demi untuk iktibar masyarakat di masa hadapan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana pelbagai kajian yang diusahakan oleh sarjana luar dan tempatan telah dibuat terhadap tokoh penting rantau Alam Melayu seperti Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Daud Pattani, HAMKA, Za'ba, Prof. Zulkifli Muhammad, Syed Muhammad Naquib al-Attas, Mahathir Muhammad dan sebagainya. Berasaskan trend ini, kajian ini akan cuba menumpukan perhatian terhadap idea tajdid yang diperjuangkan oleh Za'ba yang bakal dinilai kerelevanannya dengan realiti perjuangan tajdid di Malaysia sekarang.