Hussein Haniff: Tafsiran terhadap politik istana oleh daya penulisan, pengarahan dan sinematografi dalam filem Hang Jebat

Sebuah hikayat yang ditulis untuk seorang penulis istana di bawah sultan yang memerintah alam Melayu pada zaman pemerintahan feudal sudah tentulah akan mengangkat dan menggambarkan kebesaran sultan dan seluruh sistem kenegaraan di bawah naungannya. Seluruh daya dan keupayaan kepujanggaan penulis ist...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anuarnorarai, -
Format: Article
Published: University Of Malaya 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/11321/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sebuah hikayat yang ditulis untuk seorang penulis istana di bawah sultan yang memerintah alam Melayu pada zaman pemerintahan feudal sudah tentulah akan mengangkat dan menggambarkan kebesaran sultan dan seluruh sistem kenegaraan di bawah naungannya. Seluruh daya dan keupayaan kepujanggaan penulis istana tertumpu kepada menyatukan waktu, tempat, dan subjek diri raja Melaka bagi mengatur dan menyusun kebesaran dan keagungan raja yang memerintah. Sudah tentulah tertuntut daripada diri pujangga itu ialah kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Bahawa kepandaian kepenyairan dan berbahasa merupakan petunjuk kepada kebijaksanaan sebuah Negara yang besar takluk dan kuasanya. Sebuah hikayat juga secara bersungguh-sungguh menggambarkan sistem hidup yang gilang-gemilang untuk membina wajah Negara yang adil dan saksama. Sesebuah hikayat juga sering menggambarkan kewujudan struktur hierarki yang murni, seolah-olah alam Melayu yang diperintah oleh sultan Melayu itu didiami oleh seluruh umat Melayu yang memuji dan memuja raja. Sepanjang peradaban Melayu yang dikatakan sudah gagah dan kekal itu, terdapat juga catatan-catatan dan pengisahan mengenai rakyat yang menentang raja - yang wujud di tengah-tengah sistem itu yang berbeza dari kisah kebesaran dan keagungan sultan. Kisah rakyat itu ditafsirkan di sini sebagai tuntutan kesultanan Melayu terhadap rakyatnya dan tidak pula memihak kepada rakyat malah kisah-kisah rakyat yang menyentuh pemerintahan raja adalah untuk memberi puji dan puja kepada raja. "An image of hope" yang kabur, terasing, bernafas pada ketika itu untuk renungan masa hadapan yang lahir daripada kisah-kisah rakyat itu adalah atas tafsiran sahaja, yang tidak tertafsir pada waktu itu dan ianya tertulis dalam hikayat bagi menceritakan kebesaran dan keagungan raja. Seluruh usaha menurunkan jurai keturunan raja dan seluruh jentera pemerintahan istana itu adalah bagi diperturunkan kepada generasi akan datang supaya tunduk di bawah telapak kaki raja dan menyerah nyawa kepada keagungan raja.