Kepentingan media sosial dalam PnP di abad ke-21 / Nor Azlina Aziz Fadzillah ... [et al.]

Perkembangan teknologi telah banyak mengubah dan mempengaruhi gaya hidup manusia abad ke 21 termasuklah dalam bidang pendidikan. Media sosial menjadi salah satu elemen yang penting dan telah banyak mengubah cara berfikir dan penyampaian maklumat terhadap para pelajar pada masa kini. Ianya ditakrifka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aziz Fadzillah, Nor Azlina, Abdul Rahman, Normaziah, Hashim, Norhafizah, Mohd Yunus, Sri Yusmawati, Yusof, Rozianiwati
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98377/1/98377.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98377/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi telah banyak mengubah dan mempengaruhi gaya hidup manusia abad ke 21 termasuklah dalam bidang pendidikan. Media sosial menjadi salah satu elemen yang penting dan telah banyak mengubah cara berfikir dan penyampaian maklumat terhadap para pelajar pada masa kini. Ianya ditakrifkan sebagai aplikasi yang dibina berasaskan teknologi Web 2.0 yang membolehkan penghasilan dan perkongsian bahan-bahan yang dibangunkan oleh pengguna dan sebagai sokongan dalam melaksanakan aktiviti seharian termasuk bidang pendidikan (Kaplan & Haenlein, 2010). Di Malaysia, penggunaan media sosial dalam bidang pendidikan menjadi semakin penting seiring dengan perkembangan teknologi dan digitalisasi. Pelbagai bidang pengajian telah menggunakan media sosial sebagai alat rujukan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti bidang pengajian Islam, perubatan, ekonomi, sumber manusia, dan teknologi maklumat. Beberapa kajian yang berkaitan dengan penggunaan media sosial dalam konteks pendidikan turut dilakukan antaranya, penggunaan media sosial dalam pembelajaran telah memberikan pengaruh positif terhadap prestasi akademik pelajar dan meningkatkan motivasi pelajar (Yusof., et Al., 2021), mencipta suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik (Salsidu, et al., 2018, & Manap, 2017), mengenalpasti masalah privasi dan risiko yang perlu dikelola dengan bijaksana oleh pendidik (Rahman et al., 2022) dan kemudahan dan kesediaan pendidikan inklusif di luar bandar (Ahmad et al., 2023 & Saidin et al., 2021).