Transkrip wawancara bersama Encik Syed Mahmud bin Syed Ibrahim usahawan dan seniman batik / Nuraina Firzani Mohd Azahani and Nurul Hafeeza Ghazali
Batik merupakan satu hidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke-15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisionaL Batik secara umumnya dikenali sebagai seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan ·bahan pewarna khusus. Seni batik berbeza-beza mengikut...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Perpustakaan Tengku Anis
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98004/2/98004.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98004/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Batik merupakan satu hidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke-15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisionaL Batik secara umumnya dikenali sebagai seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan ·bahan pewarna khusus. Seni batik berbeza-beza mengikut negara dan budaya di sesuatu kawasan. Di Malaysia, batik Malaysia dikenali sebagai satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal dan digemari oleh segenap lapisan masyarakat. Pada hakikatnya, batik ialah lambang identiti bangsa Melayu yang sememangnya perlu dibanggakan dan diraikan sepanjang masa merentasi zaman. Disebabkan itu, terdapat ramai tokoh yang terlibat dalam dunia seni batik ini namun, dalam hal ini penyelidik telah menemubual seorang seniman yang bernama Syed Mahmud bin Syed Ibrahim atau lebih mesra digelar Pak Syed. Tujuan utama kajian penyelidikan ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tentang latar belakang dan sejarah penglihatan seniman dalam bidang seni batik ini. Di samping itu, kajian penyelidikan ini juga adalah bertujuan untuk mengenal pasti keunikan dan keistimewaan seni batik serta mengkaji cabaran, sumbangan dan pencapaian yang diperoleh oleh seniman sepanjang penglibatan beliau dalam dunia seni batik ini. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka di tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Hasil daripada kajian ini; terdapat banyak maklumat yang dapat kami peroleh tentang kegiatan dunia seni batik ini. |
---|