Transkrip temubual bersama Dato' Paduka Profesor Madya Dr Mohd Rosli Saludin, tokoh warisan kebangsaan orang hidup mengenai penglibatan dan sumbangan dalam seni budaya dan warisan/ Amirah Farhah Kamaruddin and Syayidatul Alya Syazwina Jabanun Aladdin

Warisan, Adat Melayu, Kesusasteraan, dan Penciptaan Budaya bangsa seakan-akan dipinggirkan dalam era globalisasi ini yang tertumpu kepada budaya kebendaan, budaya sains, teknologi maklumat, serta budaya digital. Fenomena ini bukan di luar jangkaan kerana sains dan teknologi sahaja tidak dapat mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruddin, Amirah Farhah Binti Kamaruddin, Jabanun Aladdin, Syayidatul Alya Syazwina
Format: Monograph
Language:English
English
English
English
English
Published: Universiti Teknologi MARA, Selangor 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97997/1/97997%201.m4a
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97997/2/97997%202.m4a
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97997/3/97997%203.m4a
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97997/4/97997%201.m4a
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97997/5/97997%202.m4a
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97997/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Warisan, Adat Melayu, Kesusasteraan, dan Penciptaan Budaya bangsa seakan-akan dipinggirkan dalam era globalisasi ini yang tertumpu kepada budaya kebendaan, budaya sains, teknologi maklumat, serta budaya digital. Fenomena ini bukan di luar jangkaan kerana sains dan teknologi sahaja tidak dapat melahirkan insan yang mempunyai etika dan nilai yang kukuh dalam kesusateraan Melayu dengan sendirinya. Oleh itu, berdasarkan temubual bersama tokoh yang terhormat yang mempunyai pelbagai pengalaman serta sumbangan dalam bidang Sastera Tradisional, Kesenian, Kebudayaan, dan Adat Melayu, beliau ialah Prof Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin sebagai Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup. Berdasarkan temubual secara lisan ini, penyelidik dapat menggalur kehidupan beliau sebagai seorang tokoh Warisan Kebangsaan bagi kategori Orang Hidup, meneroka kehidupan beliau sebagai seseorang yang mempunyai latar belakang kemahiran dan ketokohan dalam bidang seni budaya dan mengkaji sumbangan yang dihasilkan oleh beliau serta pencapaian yang telah diterima sepanjang bergiat aktif dalam bidang Sastera Tradisional, Kesenian, Kebudayaan, dan Adat Melayu. Kaedah kajian yang dijalankan dalam kajian ini terdiri daripada penggunaan teknik temu bual secara lisan dan analisis dokumen. Kaedah temu bual secara bersemuka dan lisan dijalankan antara penyelidik dan tokoh. Penyelidik mengemukakan beberapa soalan yang disediakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik tentang penobatan tokoh sebagai tokoh seni budaya dan warisan. Selain itu, di dalam kajian ini juga turut menceritakan latar belakang dan juga sejarah. Justeru itu, kajian ini dapat memberi impak dan membuka mata masyarakat tentang kepentingan warisan budaya yang perlu diberi perlindungan dan diwarisi generasi seterusnya sebagai kekuatan jati diri masyarakat dan orang Melayu.