AKNC 2022 Fakulti Sains Kesihatan: penyelidikan & penerbitan dan pengkomersilan

Peranan FSK telah menjadi nadi penggerak dalam melaksanakan sistem pendidikan dalam bidang kesihatan merangkumi aspek penyelidikan, penerbitan dan pengkomersilan yang disokong ke arah kurikulum dinamik, tenaga kerja kompeten, beretika, komited dan berpengetahuan serta prasarana kondusif sejajar deng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Format: Book
Language:English
Published: Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95677/1/95677.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95677/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan FSK telah menjadi nadi penggerak dalam melaksanakan sistem pendidikan dalam bidang kesihatan merangkumi aspek penyelidikan, penerbitan dan pengkomersilan yang disokong ke arah kurikulum dinamik, tenaga kerja kompeten, beretika, komited dan berpengetahuan serta prasarana kondusif sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Perancangan: Bagi memastikan matlamat ini tercapai, kepimpinan FSK telah membuat transformasi dalam pengurusan penyelidikan, penerbitan dan pengkomersilan selari dengan merealisasikan tema strategik penyelidikan seperti yang termaktub di dalam dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dan Pelan Strategik UiTM2025. Pelaksanaan: Bagi melancarkan perancangan dan hala tuju penyelidikan, penerbitan dan pengkormesilan, tadbir urus PJI FSK telah menggunakan tiga (3) pendekatan utama iaitu People, Process dan Technology dibawah 3 P’s organizational performance dan Research Excellence Framework dalam menjayakan tranformasi penyelidikan, penerbitan dan pengkormesilan selari dengan hala tuju Universiti dan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kepimpinan PJI FSK sebagai satu medium pengantara antara staf dan barisan kepimpinan tertinggi FSK sentiasa melakukan komunikasi dua hala secara berkala melalui mesyuarat MPE, pekeliling dekan, laporan, buletin wacana FSK, surat, e-mel, papan kenyataan, majlis dialog, media sosial seperti laman sesawang FSK dan kumpulan WhatsApp Akademik bagi melaksanakan kesemua inisiatif perancangan strategik. FSK juga mempunyai beberapa set paparan skrin bagi menyampai maklumat secara digital, lebih cepat dan berkesan. Program pemantapan bagi staf yg tidak aktif dan memperkukuhkan task force MYRA FSK merupakan strategi untuk meningkatkan Skor Myra 2019-2021. Pemantauan: Pemantauan dilaksanakan bagi meningkatkan penyampaian dan penghasilan output yang memberi nilai tambah dan berdaya saing serta relevan disemua peringkat. Kepimpinan PJI telah berjaya memenuhi keperluan warga UiTM dalam menyediakan bidang tumpuan pilihan yang jelas bagi menunjukkan peranan penyelidikan, penerbitan dan pengkormesilan adalah relevan dan selari dengan hala tuju Universiti dan juga Kementerian. Selain itu, kepimpinan PJI menggunakan Model Sasaran Operasi melalui mekanisma empat (4) komponen penting yang dikenali dengan singkatan POLC iaitu Merancang (P – Planning), Mengelola (Organizing - O), Memimpin (Leading – L) dan Mengawal (Controlling – C). Penambahbaikan: Bidang tumpuan dibuat perancangan dengan teliti mengikut agenda Fakulti dan UiTM, diurus dan ditambahbaik melalui tindakan pembetulan, kajisemula atau digugurkan projek. Kepimpinan PJI FSK dapat mengenalpasti risiko dan mengelakkan kegagalan dengan memastikan pengawalan dan pemantauan secara sistematik dan penambahbaikan berterusan dan juga mengkaji semula peranan dan fungsi setiap 5 unit dibawah PJI secara berkala bagi mencapai matlamat yang dirancang.