AKNC 2022 Fakulti Pengurusan Perniagaan: pengajaran & pembelajaran

FPP diterajui oleh pengurusan kanan yang berketerampilan serta mengamalkan kepimpinan berdemokrasi dan partisipatif. Fakulti diketuai oleh Dekan sebagai Ketua Eksekutif dan dibantu oleh empat (4) Timbalan Dekan iaitu Timbalan Dekan Akademik (TDA), Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TDHEP), Timbalan D...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: UiTM, Fakulti Pengurusan Perniagaan
Format: Book
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95453/1/95453.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95453/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:FPP diterajui oleh pengurusan kanan yang berketerampilan serta mengamalkan kepimpinan berdemokrasi dan partisipatif. Fakulti diketuai oleh Dekan sebagai Ketua Eksekutif dan dibantu oleh empat (4) Timbalan Dekan iaitu Timbalan Dekan Akademik (TDA), Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TDHEP), Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi (TDPJI) dan Timbalan Dekan Jaringan lndustri dan Alumni (TDICAN), bersama lima (5) orang Ketua Pusat Pengajian (KPP), lapan (8) orang Koordinator Kursus (KK), seorang (1) Ketua Unit Kualiti dan seorang (1) Ketua Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporat. Di bahagian pentadbiran, FPP diuruskan oleh seorang Timbalan Pendaftar (Gambarajah 1.1 dan 1.1a). Kepimpinan Kanan FPP bertanggungjawab menerajui, merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta menyokong penampakan pensyarah dan pelajar, aktiviti universiti bagi merealisasikan visi dan misi UiTM. Kecemerlangan dan kecekapan kepimpinan FPP telah diterjemah melalui pengiktirafan akreditasi dari pelbagai organisasi luar seperti Chartered Management Institute (CMI) UK, The Chartered Institute of Logistics and Transport UK, Financial Accreditation Agency (FAA), Asian Pacific Institute for Events Management (APIEM), Chartered Insurance Institute (CII) UK dan Malaysian Insurance Institute (MII). Bagi tahun 2021, FPP telah berjaya mendapat pengiktirafan dari European Foundation for Management Development (EFMD) (Gambarajah 1.1b). Keterampilan ini juga diserlahkan lagi melalui penyenaraian ke dalam World University Ranking by Subjects 2021 melalui kursus-kursus accounting and finance, business and management studies dan economics and econometrics (Gambarajah 1.1c). FPP juga telah berjaya mencapai 88% bagi PI yang telah ditetapkan UiTM bagi tahun 2021, meningkat daripada 83.1% pada tahun 2020 (Gambarajah 1.1d). Kepimpinan pengurusan kanan FPP yang dinamik dan progresif berjaya meningkat produktiviti keseluruhan fakulti. Bagi penyediaan laporan 2021, FPP telah menetapkan bidang tumpuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menumpukan kepada ketampakan Pensyarah dan Pelajar.