Monolog seorang aku / Noor Aina Abdul Razak

Sudah hampir tiga tahun aku mengenalinya, sejak aku dipindahkan ke pejabat baru. Sejak perkenalan hari pertama, antara aku dan dia, kami saling bertegur sapa. Aku berasa senang sekali bila dapat berbicara dengannya, walaupun jarang bertemu kerana kami berlainan jabatan. Tetapi, kebelakangan ini aku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Razak, Noor Aina
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95182/1/95182.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95182/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sudah hampir tiga tahun aku mengenalinya, sejak aku dipindahkan ke pejabat baru. Sejak perkenalan hari pertama, antara aku dan dia, kami saling bertegur sapa. Aku berasa senang sekali bila dapat berbicara dengannya, walaupun jarang bertemu kerana kami berlainan jabatan. Tetapi, kebelakangan ini aku dapat merasakan layanannya terhadapku berlainan sekali sehinggalah.. “Keluar nak?” dia bertanya padaku. “Tak nak!” jawapanku yang ringkas itu menghampakannya. Namun, dia tidak berputus asa untuk terus mengajakku keluar. Soalan yang sama sering diajukan padaku.“Keluar nak? Hujung minggu ni. Aku dah lama nak belanja kau makan.” Untuk kesekian kalinya dia terus mengajakku. “Kalau setakat nak belanja makan, di sini pun boleh,” kataku serba salah. “Tapi…nantilah, saya fikirkan dulu.” Itulah jawapanku. Jawapan yang sama setiap kali dia bertanyakan soalan itu. Pernah, dia menetapkan sendiri tarikh untuk berjumpa denganku. Malang baginya kerana kusangkakan ajakan itu sekadar satu gurauan. Aku sama sekali tidak menyangka dia betul-betul bermaksud untuk berjumpa denganku pada hari tersebut. Beberapa minggu berselang. Dan, sekali lagi dia cuba mengajakku keluar. Akhirnya aku bersetuju memberi kata putus. “Saya boleh keluar, tapi dengan syarat. Kita pergi berasingan. Awak tunggu saya di sana, boleh?” Jauh di dalam hatiku berkata, “Betul ke apa yang aku katakana ini?” Walaupun aku menerima pelawaannya, aku bimbang jika telahanku benar belaka.“Baik! Aku tunggu kau di sana jam sebelas pagi, di hadapan bank, ok!” Begitu senang sekali dia bersetuju dengan syaratku.