Ramadan: persiapan lama atau baru? / Hisam Satari

Puasa itu menahan diri daripada makan dan minum buat sementara waktu selepas fajar hingga terbenamnya matahari dengan niat berpuasa. Tetapi jangan hanya melihat kepada larangan makan minum sahaja, kerana ia hanya sekadar berkait dengan nafsu yang tertahan dan keinginan yang sebentar terpenjara. Ia s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Satari, Hisam
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94619/1/94619.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94619/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Puasa itu menahan diri daripada makan dan minum buat sementara waktu selepas fajar hingga terbenamnya matahari dengan niat berpuasa. Tetapi jangan hanya melihat kepada larangan makan minum sahaja, kerana ia hanya sekadar berkait dengan nafsu yang tertahan dan keinginan yang sebentar terpenjara. Ia selari dengan apa yang dijelaskan oleh Nabi SAW: “Puasa itu bukannya sekadar menahan daripada makan dan minum, tetapi puasa adalah mencegah diri daripada melakukan perbuatan sia-sia dan hina. Jika kamu dicaci atau disuruh melakukan sesuatu yang buruk, katakanlah kepada mereka sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.” (Ibnu Khuzaimah) Puasa itu bukan sekadar mengosongkan perut, mematahkan naluri kesyahwatan yang bergelora, walaupun niatnya ialah untuk mendapat taqwa. Oleh sebab itu jika perut ini hanya ditahan di waktu siang sahaja, maka peluang untuk nafsu makan itu nanti akan dilampiaskan pada waktu malam, sehingga kesyahwatan itu melonjak sekuat-kuatnya. Malahan tidak dapat diam jika dibiarkan menurut kebiasaannya sahaja. Jika beginilah maksud berpuasa maka ia bukannya menahan nafsu dan syahwat bahkan ia sebenarnya memberi tambahan kekuatan syahwat, memperlipat gandakan lagi keinginan yang semuanya itu tidak akan disia-siakan oleh syaitan untuk mengembalikan kita kepada keburukan.