Kempen Solidariti Palestin / Suhaila Sharil

Pada 29 dan 30 November 2023 bertempat di Dewan Biduanda UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah berlangsung Mascom Might 2023 yang bermula jam 8 Pagi dan berakhir jam 5 Petang. Kursus Khidmat Masyarakat (N5HPD233) telah dijemput untuk membuka booth (Pameran) selama dua hari bagi menyuntik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharil, Suhaila
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94052/1/94052.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94052/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada 29 dan 30 November 2023 bertempat di Dewan Biduanda UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah berlangsung Mascom Might 2023 yang bermula jam 8 Pagi dan berakhir jam 5 Petang. Kursus Khidmat Masyarakat (N5HPD233) telah dijemput untuk membuka booth (Pameran) selama dua hari bagi menyuntik kesedaran pelajar kepada program sukarelawan dan kempen solidariti Palestin. Seramai 1424 orang telah hadir bagi meraikan program Mascom Might tersebut. Antara peserta yang hadir selain daripada pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, Kampus Seremban dan Kampus Rembau adalah daripada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Sains Rembau, SMK Pedas, SMA Haji Mohd Yatim, Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, SMK Undang Rembau, SMK Datuk Abdullah, SMA Rembau dan SMK Dato’ Sedia Diraja. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah yang bertajuk ‘The Wakeup Crew’ oleh alumni UiTM Encik Zaki bin Zainal, Ceramah bertajuk Eager Episodes: Shaping Perceptions: The Power of Advertising oleh Puan Syahirah Suhumi dan Encik Mohd Ridzuani Ab Aziz. Sesi petang pula adalah aktiviti Fueled Media: Creative and Innovation Competition on Communication Issue di mana dua orang juri telah dilantik iaitu Puan Nurul Nisha Binti Mohd Shah dan Ustazah Suhaila Sharil bagi mengemudi sebelas kumpulan yang bertanding. Pada jam 4 petang pula Puan Norazreen Samsuri telah mengetengahkan sesi praktikal yang bertajuk Beaute & Bloom: Grooming for Radiant Transformation. Selain daripada pameran solidarity Palestin, terdapat juga pameran media fotograf mengenai balai berita, wartawan dan bagaimana mengendalikan sesi interaktif yang dikendalikan oleh Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media daripada UiTM Shah Alam.