Irama berzanji tunggak utama dalam kompang rodat / Eizrin Nursyahirah Ahmad Badrin ... [et al.]

Kepelbagaian jenis khazanah warisan dan budaya tradisional yang menarik di Malaysia membuatkan ia sangat berharga serta mempunyai nilai yang tersendiri yang boleh dijadikan sebagai simbolik kepada sesetengah warisan negeri, budaya, dan etnik. Salah satu daripadanya adalah alat muzik tradisional iait...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Badrin, Eizrin Nursyahirah, Sarkawi, Farah, Ahmad Kamal, Jannatul Iza, Md. Jali, Jafalizan
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92482/1/92482.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92482/
https://jslim.uitm.edu.my/index.php/jurnalterbit
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepelbagaian jenis khazanah warisan dan budaya tradisional yang menarik di Malaysia membuatkan ia sangat berharga serta mempunyai nilai yang tersendiri yang boleh dijadikan sebagai simbolik kepada sesetengah warisan negeri, budaya, dan etnik. Salah satu daripadanya adalah alat muzik tradisional iaitu Kompang. Kompang merupakan alat muzik tradisional yang amat sinonim dengan masyarakat Melayu. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kompang bermaksud gendang seperti rebana yang dipukul dengan sebelah tangan yang dimainkan dalam pelbagai majlis keraian masyarakat Melayu serta majlis kebesaran. Ia adalah untuk memeriahkan lagi sesebuah majlis tersebut. Kajian ini adalah berkenaan dengan seorang yang berpengalaman dalam dalam bidang bermain dan mengajar kompang. Oleh itu, kajian ini dapat memperlihatkan jenis-jenis kompang, jenis-jenis irama, teknik bermain kompang, dan ciri-ciri yang perlu ada untuk setiap pemain kompang. Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kajian sejarah lisan dan dokumen analisis daripada Arkib Negara Malaysia. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu untuk menambah pengetahuan berkaitan bidang alat muzik tradisional kompang.