Pentarjihan fuqaha terhadap penamaan nasab anak tak sah taraf kepada bapa biologi: analisis fatwa negeri Perlis / Muhammad Mustaqim Roslan

Keputusan Fatwa Negeri Perlis terhadap pensabitan nasab anak tak sah taraf (ATST) merupakan pandangan minoriti jika dibandingkan dengan Fatwa Kebangsaan. Fatwa Negeri Perlis adalah mengharuskan nasab ATST itu kepada bapa biologinya dan Fatwa Kebangsaan adalah sebaliknya apabila mereka hanya menggant...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Roslan, Muhammad Mustaqim
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91927/1/91927.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91927/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keputusan Fatwa Negeri Perlis terhadap pensabitan nasab anak tak sah taraf (ATST) merupakan pandangan minoriti jika dibandingkan dengan Fatwa Kebangsaan. Fatwa Negeri Perlis adalah mengharuskan nasab ATST itu kepada bapa biologinya dan Fatwa Kebangsaan adalah sebaliknya apabila mereka hanya menggantikan nasab ATST dengan nama Abdullah. Oleh kerana ia adalah masalah ijtihad, maka perbezaan pendapat dengan fatwa majoriti di Malaysia itu dalam hal ini adalah perkara biasa dalam kalangan mufti. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat kembali penghujahan fatwa yang dibawa oleh negeri Perlis dari sudut metodologi pendalilannya terhadap fatwa pensabitan nasab ATST kepada bapa biologi. Dengan adanya kajian ini, ia dapat menilai semula dalil-dalil yang menjadi hujah kepada keputusan fatwa negeri Perlis dengan melakukan pentarjihan fuqaha terhadap pengeluaran fatwa tersebut. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif dengan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasi reka bentuk kajian. Manakala kaedah pengumpulan dan analisis data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen. Hasil dapatan menunjukkan bahawa dalil-dalil yang menjadi asas kepada keharusan menasabkan ATST kepada bapa biologinya adalah diragui dan terbuka untuk diperdebatkan. Oleh itu, pandangan jumhur fuqaha daripada mazhab fiqh Hanafiat, Malikiyyat, Syafi‘iyat dan Hanabilat ialah bersatu dalam menetapkan prinsip nasab adalah apabila adanya hubungan pernikahan yang sah berasaskan kepada sumber yang kuat dan sifar daripada perselisihan. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan agar fatwa pensabitan nasab ATST ini dapat diperluaskan bidang kajiannya dengan melihat kepada realiti yang berlaku agar fatwa yang dikeluarkan seiring dengan peredaran masa dan zaman.