Peranan perpustakaan masjid / Zahril Shahida Ahmad and Seri Intan Idayu Shahrul Asari

Masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat untuk mengerjakan solat, tetapi ia juga merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan dalam membina pendidikan, ekonomi dan politik masyarakat setempat. Masjid mempunyai banyak fungsi, salah satunya adalah sebagai institusi pendidikan. Seperti instit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Zahril Shahida, Shahrul Asari, Seri Intan Idayu
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91923/1/91923.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91923/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat untuk mengerjakan solat, tetapi ia juga merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan dalam membina pendidikan, ekonomi dan politik masyarakat setempat. Masjid mempunyai banyak fungsi, salah satunya adalah sebagai institusi pendidikan. Seperti institusi pendidikan yang lain, masjid juga tidak boleh terlepas dengan kewujudan perpustakaan. Ini adalah kerana, perpustakaan merupakan nadi dalam mengekalkan kecemerlangan intelek sesebuah masyarakat. Oleh yang demikian, perpustakaan masjid harus dimanfaatkan oleh jemaah masjid dan masyarakat setempat bagi memastikan perkembangan pendidikan berteraskan Islam terus mampan. Perpustakaan masjid didefinisikan sebagai sebuah perpustakaan khas yang berperanan untuk memenuhi keperluan intelek masyarakat setempat dengan melibatkan penyertaan masyarakat setempat iaitu melalui penyediaan koleksi, pengurusan, dan pemanfaatan (Fitriani, Fitriani. (2017). Perpustakaan masjid merupakan perpustakaan awam yang terletak di masjid dan menempatkan pelbagai bentuk sumber maklumat dengan tujuan untuk bimbingan dan pendidikan pembangunan masyarakat beragama dan menyediakan perkhidmatan kepada semua peringkat masyarakat serta menjadi sebahagian daripada kehidupan dan aktiviti masyarakat setempat (Triani Rahmawati, 2012).