Muzik beduk serta pembuatan beduk menerusi kaedah sejarah lisan / Nadhirah Aizal ... [et al.]

Beduk merupakan salah satu alat muzik tradisional yang bersifat bukan muzikal kerana tujuan utama penghasilannya pada asalnya adalah untuk digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk di sesuatu tempat. Beduk akan dipalu dengan rentak tertentu bagi membawa mesej tertentu kepada penduduk. Wa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aizal, Nadhirah, Alias, Ruhi Wajihah, Ahmad, Abdul Rahman, Mohd Shoid, Mohd Shamsul
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91894/1/91894.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91894/
https://jslim.uitm.edu.my/index.php/jurnalterbit
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Beduk merupakan salah satu alat muzik tradisional yang bersifat bukan muzikal kerana tujuan utama penghasilannya pada asalnya adalah untuk digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk di sesuatu tempat. Beduk akan dipalu dengan rentak tertentu bagi membawa mesej tertentu kepada penduduk. Walaupun, beduk masih lagi wujud dan masih digunakan di sesetengah masjid tetapi penggunaan beduk tidaklah seaktif seperti zaman dahulu kerana adanya peralatan moden untuk mengumpulkan penduduk seperti pembesar suara. Objektif kajian adalah untuk mengetahui proses pembuatan dan sejarah beduk serta teknik ketukan dan fungsi alat tersebut. Bagi mengumpulkan maklumat berkenaan dengannya, sumber dari internet telah didapati tidak mencukupi. Oleh itu, kaedah sejarah lisan telah diguna pakai dengan bertemu responden yang mempunyai ilmu berkaitan dengan alat muzik tradisional tersebut. Hal demikian kerana, sejarah lisan dapat menambahkan sumber-sumber yang tidak lengkap. Selain itu, kaedah ini membolehkan penemuramah bertanyakan perkara yang kurang jelas kepada responden secara langsung serta perkembangannya tidak dilupai dan hilang sebagai bukti sejarah.