Tahap pengetahuan akidah pelajar sekolah menengah di Seremban Negeri Sembilan / Muhamad Zaki Zainuddin and Suariza @ Hidayah Muhammad

Akidah merupakan satu ikatan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh antara makhluk dan Pencipta. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan akidah pelajar. Pengetahuan akidah pelajar dalam kajian ini adalah berkaitan dengan persoalan rukun iman yang merupakan asas pegangan um...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainuddin, Muhamad Zaki, Muhammad, Suariza @ Hidayah
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91879/1/91879.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91879/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akidah merupakan satu ikatan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh antara makhluk dan Pencipta. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan akidah pelajar. Pengetahuan akidah pelajar dalam kajian ini adalah berkaitan dengan persoalan rukun iman yang merupakan asas pegangan umat Islam. Kajian tinjauan ini dilakukan secara dalam talian di 15 buah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan dan melibatkan 352 orang pelajar. Instrumen soal selidik dibina melalui proses adaptasi daripada kajian-kajian lepas. Penganalisisan data dilakukan menggunakan analisis statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan akidah pelajar berada pada tahap sangat tinggi dengan skor min 4.84. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input dan inspirasi kepada guru pendidikan Islam (GPI) supaya memaksimumkan penggunaan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran akidah. Aktiviti-aktiviti sokongan akademik juga perlu dipelbagaikan untuk meningkatkan penghayatan akidah dalam kalangan pelajar dalam usaha untuk menjernihkan pemikiran remaja daripada fahaman yang bertentangan dengan akidah Islam sekali gus sebagai langkah pencegahan gejala murtad secara sembunyi-sembunyi mahu pun secara terang-terangan di dalam negara.