Menjejaki seni warisan gendang silat menerusi kaedah sejarah lisan / Nur Athirah Mohamad Johari ... [et al.]

Gendang Silat merupakan satu muzik persembahan tradisional yang terkenal di negeri Kedah. Terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran utara dan aliran timur. Tujuan persembahan gendang adalah bagi mengiringi silat terutama di majlis perkahwinan, majlis kesyukuran dan lain lain. Sehubungan dengan itu, k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Johari, Nur Athirah, Ibrahim @ Mohd Nor, Nur Syamira, Mat Isa, Azman, Yunus, Mohd Nizam
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91845/1/91845.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91845/
https://jslim.uitm.edu.my/index.php/jurnalterbit
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gendang Silat merupakan satu muzik persembahan tradisional yang terkenal di negeri Kedah. Terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran utara dan aliran timur. Tujuan persembahan gendang adalah bagi mengiringi silat terutama di majlis perkahwinan, majlis kesyukuran dan lain lain. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk mengetahui sejarah asal usul serta latar belakang, cara pembuatan, cara permainan, pantang larang serta ilmu disiplin yang perlu ada dalam diri seseorang pemain gendang silat. Gendang silat terdiri daripada empat alatan utama iaitu gong, serunai, gendang ibu dan gendang anak. Dapatan kajian ini adalah hasil daripada wawancara sejarah lisan bersama Encik Khairul Hafiz bin Abdul Rahman, ketua kumpulan Gentala Sari, iaitu salah satu kumpulan gendang di Malaysia. Beliau menceritakan mengenai pengalaman luas beliau dalam bidang Gendang Silat Kedah. Beliau juga banyak berkongsi pandangan dan pengalaman dalam seni warisan gendang silat dengan masyarakat.