Warisan kesenian muzik ghazal / Mohd Zairul Masron ... [et al.]

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis irama muzik, tarian dan persembahan tradisional. Antaranya ialah tarian kuda kepang, tarian zapin, inang, rodat, tarian mak yong, wayang kulit serta ghazal. Muzik tradisional tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas. Setiap negeri di Malaysia mempunyai seni mu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Masron, Mohd Zairul, Mat Zin, Noorzulaikha, Ashari, Siti Aisyah, Ismail, Aliza
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91790/1/91790.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91790/
https://jslim.uitm.edu.my/index.php/jurnalterbit
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia kaya dengan pelbagai jenis irama muzik, tarian dan persembahan tradisional. Antaranya ialah tarian kuda kepang, tarian zapin, inang, rodat, tarian mak yong, wayang kulit serta ghazal. Muzik tradisional tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas. Setiap negeri di Malaysia mempunyai seni muzik tradisional tersendiri yang melambangkan ciri-ciri ataupun kebudayaan di daerah dan negeri masing- masing. Seni muzik ghazal merupakan muzik tradisional yang popular di negeri Johor. Muzik tradisional ghazal ini merupakan hasil perkembangan dan juga perdagangan negeri Johor dengan dunia luar pada zaman dahulu. Muzik ghazal ini asalnya daripada Tanah Arab dan disebarkan pula melalui pembesar-pembesar istana yang tertarik dengan seni muzik ini.Apabila sampainya ke Tanah Melayu, muzik diperkembangkan dan diolah mengikut adat dan ciri-ciri kemelayuan. Ghazal mempunyai nilai-nilai yang unik, lembut dan sesuai untuk semua jenis golongan untuk menghayatinya. Di dalam muzik ghazal itu sendiri, diselitkan pesanan atau nasihat yang berunsur kebaikan, nilai kasih sayang serta bertujuan untuk mendidik. Muzik ghazal juga mempunyai alatan muzik tersendiri berbeza dengan muzik yang lain. Sesetengah alat muzik tersebut berasal daripada Tanah Arab, India dan Parsi.Contohnya seperti gambus daripada Arab, tabla dan peti harmonium daripada India dan gitar daripada Parsi. Antara alatan lain ialah biola, marakas dan tambourin.