Latar tirai ‘Bangsawan Dendam Laksamana’: nafas baharu dalam persembahan teater bangsawan / Muhammad Alhakeem Husain and Norzizi Zulkafli

Bangsawan merupakan satu bentuk kesenian yang menggabungkan elemen lakonan, nyanyian, muzik dan tarian. Bangsawan di percayai mula dibawa masuk ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an dan diadaptasi daripada persembahan Wayang Parsi di India. Bangsawan mengalami zaman kemasyhuran pada tahun 1890an dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Husain, Muhammad Alhakeem, Zulkafli, Norzizi
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Art and Design 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91455/1/91455.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91455/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijad/issue/view/1685
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bangsawan merupakan satu bentuk kesenian yang menggabungkan elemen lakonan, nyanyian, muzik dan tarian. Bangsawan di percayai mula dibawa masuk ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an dan diadaptasi daripada persembahan Wayang Parsi di India. Bangsawan mengalami zaman kemasyhuran pada tahun 1890an dan mula mengalami zaman kejatuhannya pada awal tahun 1940an. Bangsawan sehingga hari ini masih cuba untuk bersaing dengan persembahan teater moden terutamanya di Kuala Lumpur. ‘Bangsawan Dendam Laksamana’ telah dipentaskan pada 10-13 November 2017 dan 2-11 November 2018 di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), arahan Pat Ibrahim terbitan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment. Kajian ini melihat transformasi yang di buat dalam konvensi persembahan Bangsawan terutama melihat pembaharuan yang ditampilkan dalam latar tirai dalam teater tradisional ini. Latar tirai merupakan satu bentuk rekaan utama dalam konvensi persembahan teater Bangsawan. Bangsawan menggunakan tujuh jenis latar tirai yang digunapakai bagi setiap adegan dalam persembahannya. Latar tirai merupakan latar belakang gambaran lokasi babak yang dilukis pada kanvas yang berukuran 20 kaki lebar dan 15 kaki tinggi mengikut kesesuaian panggung dan memerlukan kos yang tinggi dan tempoh masa yang panjang dalam menyiapkannya. ‘Bangsawan Dendam Laksamana’ menggubah penggunaan tirai dari kain yang dilukis tangan kepada latar digital dari paparan skrin LED. Namun begitu, pengekalan imej lukisan pada latar tirai tetap dilakukan dan ditambah baik dengan menggunakan lukisan digital pada LED. Ini memberi impak modenisasi di dalam teater Bangsawan. Kajian ini membincangkan sejauh mana pembaharuan yang dibuat mengangkat Bangsawan dalam cuba berdaya saing dengan teater kontemporari hari ini di Malaysia.