i-Jawi: meningkatkan kemahiran mengenal huruf Jawi tunggal dalam kalangan murid Tahun 1 / Nur Fatin Safiqa Masrial ... [et al.]

Inovasi ini dicipta bagi meningkatkan kemahiran mengenal huruf jawi tunggal dalam kalangan murid-murid dengan lebih menarik. Penguasaan jawi dalam kalangan murid-murid masih lemah kerana murid masih tidak mengenali huruf jawi tunggal. Kajian ini melibatkan seramai 20 orang murid tahun 1 dari SK Ulu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Masrial, Nur Fatin Safiqa, Sabirin, Noorhasimah, Ahmad, Zulqurnain, Omar, Asran, Che Ahmad, Mohamad Syafiq, Abdul Muis, Irwan Firdaos
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90211/1/90211.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90211/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Inovasi ini dicipta bagi meningkatkan kemahiran mengenal huruf jawi tunggal dalam kalangan murid-murid dengan lebih menarik. Penguasaan jawi dalam kalangan murid-murid masih lemah kerana murid masih tidak mengenali huruf jawi tunggal. Kajian ini melibatkan seramai 20 orang murid tahun 1 dari SK Ulu Dusun, Sandakan Sabah. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan hasil kerja murid, ujian pra, temubual dan juga pemerhatian. Hasil tinjauan mendapati murid masih tidak dapat mengenal 37 huruf jawi tunggal seterusnya menyukarkan mereka untuk membaca dan menulis perkataan jawi. Bagi menangani masalah yang dihadapi, Kumpulan Mim i- Team (Murabbi, Muddaris, Muallim, Muaddib, Mursyid) innovation team telah memperkenalkan i- Jawi iaitu aplikasi interaktif Jawi yang digunakan oleh murid-murid tahun 1 sekolah rendah kebangsaan. Penggunaan aplikasi i-Jawi dapat melahirkan murid Celik IT selaras dengan teras utama Pendidikan KPM iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan i-Jawi ini telah meningkatkan prestasi mengenal huruf jawi tunggal dalam kalangan murid. Penggunaan i-Jawi telah memberi impak yang positif dan pembelajaran yang bermakna kepada murid. Penggunaan i-Jawi boleh dijadikan salah satu alternatif kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah kebangsaan kerana ianya merupakan asas kepada bidang jawi. Selain itu, aplikasi i-Jawi yang interaktif sangat membantu menarik minat murid untuk belajar dengan tekun seterusnya mencintai tulisan jawi.