University Social Responsibility Program (USR) di SMA A. Wahid Hasyim, Tebuireng, Jombang Indonesia / Sutina Junos ... [et al.]

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah berjaya menganjurkan ‘FPP Outreach Programme’ Projek Kolaborasi Pengantarabangsaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Universit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Junos, Sutina, Amer, Afizan, Ali, Muhammad Hafiz, Othman, Ahmad Soufiean
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90196/1/90196.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90196/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah berjaya menganjurkan ‘FPP Outreach Programme’ Projek Kolaborasi Pengantarabangsaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Universitas Hasyim Asy’ari (UNHASY) pada 11 September 2023 sehingga 15 September 2023 bertempat di Universitas Hasyim Asy’ari (UNHASY) Jombang, Surabaya Indonesia. Program ini disertai oleh 35 orang yang terdiri daripada 4 orang Pensyarah FPP, 2 orang Staf Residen Kolej, seorang staf Unit Pengurusan Kolej, 24 orang pelajar Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), 4 orang pelajar Majlis Tertinggi Diploma Business Society dan D’Bankers UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau. Antara aktiviti yang dijalankan di sana pada 13 September 2023 ialah program University Social Responsibilty (USR) yang merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat bersama delegasi UiTM, Mahasiswa UNHASY dan pelajar sekolah SMA A. Wahid Hasyim, Tebuireng, Jombang Indonesia. Program merupakan satu inisiatif global yang bertujuan untuk mempromosikan dan menggalakkan tanggungjawab sosial di kalangan mahasiswa universiti dan institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan peranan universiti dalam menangani cabaran masyarakat serta memupuk pembangunan mampan.