Kesinambungan kerjasama erat antara UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Hospital Pakar CMH Seremban bagi penganjuran program berasaskan kesihatan / Siti Syaida Sirat, Ahmad Husaini Mohamed and Jamil Mohamed Sapari

UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dan Hospital Pakar CMH Seremban sekali lagi bekerjasama bagi penganjuran berasaskan kesihatan. Sebelum ini, kedua-dua rakan kerjasama ini telah berjaya melaksanakan program “International Community Service Programme 2023 (ICSP 2023)”. Kini sekali lagi kesinamb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sirat, Siti Syaida, Mohamed, Ahmad Husaini, Mohamed Sapari, Jamil
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90190/1/90190.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90190/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dan Hospital Pakar CMH Seremban sekali lagi bekerjasama bagi penganjuran berasaskan kesihatan. Sebelum ini, kedua-dua rakan kerjasama ini telah berjaya melaksanakan program “International Community Service Programme 2023 (ICSP 2023)”. Kini sekali lagi kesinambungan kerjasama diteruskan dengan penganjuran “Pra Pendaftaran Saringan Mammogram & HPV DNA”. Program ini telah berlangsung pada 26 September 2023 bertempat di Ruang Legar PTAR UiTM Kampus Seremban 3. Penganjuran program ini melibatkan Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar dan Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Kuala Pilah dengan kerjasama Hospital Pakar CMH Seremban dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran awal tentang kesihatan kepada warga UiTM dan orang ramai khasnya golongan wanita untuk menjalankan pemeriksaan mammogram dan HPV DNA secara percuma. Pemeriksaan awal mammogram dan Human Papillomavirus HPV DNA kepada golongan wanita adalah penting bagi pencegahan awal kanser payudara dan serviks yang menjadi musuh utama golongan wanita. Melalui program ini, maklumat dan kesedaran awal berkaitan kanser payudara dan serviks dapat disalurkan kepada golongan wanita. Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah saringan ujian tekanan (stress) dan konsultansi pengurusan stress. Para pelajar dan staf UiTMCNS turut mengambil peluang dalam melakukan saringan ujian tekanan ini dan mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan stress. Program juga diserikan dengan aktiviti putaran roda bertuah yang disediakan oleh pihak CMH. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini adalah amat memberi faedah kepada seluruh warga UiTMCNS dan masyarakat setempat. UiTMCNS dan CMH menyediakan platform kepada masyarakat setempat untuk datang mendapatkan maklumat kesihatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan ianya adalah seiring dengan aspirasi UiTM untuk membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.