Program Unite For Humanity: menggalakkan semangat generasi muda menjadi ahli sukarelawan / Siti Aishah Mohd Shafie ... [et al.]

Cabaran generasi muda kini melibatkan banyak aspek kehidupan yang perlu dipertimbangkan agar mereka dapat berjaya dan mempertahankan kehidupan yang seimbang dan bermakna. Beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh generasi muda hari ini termasuklah masalah kesihatan mental, pengangguran dan ketidakte...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shafie, Siti Aishah, Mohd Yusop, Noorezatty, Azlan, Nuralina, Md Noh, Nor Akmal
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90189/1/90189.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90189/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cabaran generasi muda kini melibatkan banyak aspek kehidupan yang perlu dipertimbangkan agar mereka dapat berjaya dan mempertahankan kehidupan yang seimbang dan bermakna. Beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh generasi muda hari ini termasuklah masalah kesihatan mental, pengangguran dan ketidakteraturan ekonomi, serta pengaruh teknologi dan media sosial dalam keseimbangan hidup. Maka, generasi muda masa kini perlu mengembangkan kemahiran seperti pemikiran kritis, keupayaan mengelola emosi, keterampilan berkomunikasi dan beradaptasi, serta memupuk hasrat untuk belajar dan berinovasi. Generasi muda, khususnya di kalangan mahasiswa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sebuah negara. Mereka merupakan harapan untuk masa depan yang lebih baik dan menjadi tanggungjawab masyarakat untuk memupuk dan memperkukuhkan nilai-nilai positif di kalangan anak muda ini. Penglibatan mahasiswa di dalam aktiviti sukarelawan adalah kunci dalam membentuk generasi pemimpin yang memiliki jiwa kebajikan dan kesedaran sosial yang tinggi. Sehubungan itu, pada 19 Disember 2022, program “Unite for Humanity” telah dianjurkan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mampu berbakti kepada masyarakat setempat walau dalam apa jua keadaan negara dengan sifat-sifat toleransi, kasih sayang dan kepimpinan yang baik.