Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTMCPP 2023 / Hanani Ahmad Zubir

Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan slogan ‘Merealisasikan daya tahan melalui jaminan kualiti’ telah dianjurkan pada hari Jumaat, bertarikh 1 Disember 2023. Majlis bermula seawal 8 pagi di Dewan Besar UiTMCPP, Kampus Permatang P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Zubir, Hanani
Format: Monograph
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89604/1/89604.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89604/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan slogan ‘Merealisasikan daya tahan melalui jaminan kualiti’ telah dianjurkan pada hari Jumaat, bertarikh 1 Disember 2023. Majlis bermula seawal 8 pagi di Dewan Besar UiTMCPP, Kampus Permatang Pauh. Staf yang turut serta pada majlis ini disarankan berpakaian bertemakan ‘sukan dan kita’. Kampus Bertam telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis tersebut pada tahun ini. Majlis gilang-gemilang ini turut disiarkan secara langsung di laman YouTube UiTMCPP supaya staf yang tidak dapat hadir secara bersemuka dapat turut menyaksikannya. Majlis ini dianjurkan saban tahun bagi meraikan staf pentadbiran dan akademik bagi pencapaian mereka dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan lagi mutu dan daya saing setiap warga UiTMCPP dari masa ke masa. Berikut merupakan kategori anugerah yang dipertandingkan: Anugerah Pencapaian Strategik, Anugerah KIK, Anugerah Auditor Terbaik, Anugerah Pentadbir, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, Anugerah Khas Jawatankuasa, Anugerah Cendekiawan Epitome 2022, dan Anugerah Jasamu Dikenang 2022. Pertandingan Nyanyian Inovasi, Cabaran TikTok, dan Kuiz Inovasi turut dianjurkan untuk mencungkil bakat dikalangan warga kerja.