Laporan Tahunan Perpustakaan Tun Abdul Razak 2022

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti secara fizikal dan juga dalam talian bersesuaian dengan norma baharu yang berkuat kuasa sejak negara kita dilanda pandemik COVID-19. PTAR kekal komited untuk merealisasikan aspirasi Universiti Teknologi MARA (UiTM)...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Nor Azwani, Wahed, Wan Nur Khalidah, Sadan, Siti Aishah, Shukri, Laily Hafidzun, Sarffuddin, Seri Ida Idayu, Abdul Rahman, Ili Kaiyisah
Format: Monograph
Language:English
Published: Perpustakaan Tun Abdul Razak 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89231/3/Laporan%20Tahunan%20PTAR%202022.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89231/
https://library.uitm.edu.my/publication
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti secara fizikal dan juga dalam talian bersesuaian dengan norma baharu yang berkuat kuasa sejak negara kita dilanda pandemik COVID-19. PTAR kekal komited untuk merealisasikan aspirasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk terus mencipta kecemerlangan dan memartabatkan UiTM ke peringkat yang lebih tinggi. Keselesaan mahasiswa dan mahasiswi serta pelanggan menjadi piagam utama buat PTAR dalam memastikan perkhidmatan dan kemudahan yang komprehensif dapat diberikan kepada warga Universiti. Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, norma baharu telah diamalkan bersesuaian dengan landskap pengajaran dan pembelajaran secara hibrid yang diketengahkan di UiTM. Kepelbagaian program telah dilaksanakan oleh pihak PTAR dengan penyelarasan oleh perpustakaan di semua IPT Awam dan Swasta bagi menyemarakkan lagi kempen budaya membaca di institusi masing-masing dan membantu dalam menyokong aspirasi dalam mewujudkan dekad membaca 2023. Koleksi-koleksi di PTAR semakin meningkat bagi memenuhi keperluan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, PTAR telah berjaya melaksanakan pelbagai program, aktiviti dan kolaborasi. Antara kolaborasi yang dibuat adalah bersama Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM sebagai sesi perkongsian dan bertukar pendapat serta pandangan mengenai halatuju bagi kedua-dua buah perpustakaan dalam meningkatkan tahap perkhidmatan perpustakaan. Tambahan pula, PTAR juga menjalankan kolaborasi bersama Pustaka Negeri Sarawak, di mana kerjasama ini akan membantu bagi meningkatkan lagi fokus Library Community Engagement. PTAR juga turut melaksanakan kolaborasi bersama pusat sumber sekolah sebagai program khidmat masyarakat di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya dengan menyumbang sebanyak 584 buah naskhah buku dari empat penyumbang utama.