Program kemasyarakatan FESTBA 2023 Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas Johol / Syahirah Almuddin ... [et al.]

Pada 17 Mei 2023, Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Kuala Pilah telah menganjurkan program kemasyarakatan FESTBA 2023 di Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas, Johol, Negeri Sembilan. Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program Festival Bahasa yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Almuddin, Syahirah, Hashim, Norshida, Mohd Ali, Siti Nur Dina, Abdul Aziz, Nurulnabilah, Bazlan, Anis Shahira
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88970/1/88970.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88970/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada 17 Mei 2023, Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Kuala Pilah telah menganjurkan program kemasyarakatan FESTBA 2023 di Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas, Johol, Negeri Sembilan. Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program Festival Bahasa yang diadakan pada setiap semester di UiTM Kampus Kuala Pilah. Festival Bahasa merupakan satu program kerjasama antara Persatuan Bahasa Arab dan Eagles English Club dan Akademi Pengajian Bahasa, Kampus Kuala Pilah. Program ini berjaya dilaksanakan pada semester lepas dan mendapat sambutan yang hangat daripada para mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Berikutan kejayaan itu, Akademi Pengajian Bahasa dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab dan Eagles English Club menganjurkan program dengan nafas baharu dengan elemen kemasyarakatan yang dinamakan FESTBA2023. Program ini menyasarkan penglibatan daripada mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Namun begitu, program pada kali ini dilaksanakan di peringkat daerah dengan penglibatan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas, Johol.