Lawatan ilmiah pelajar-pelajar berdaftar KOD TAC401, TAC451 DAN TAC501 ke Nasyrul Quran Complex Putrajaya / Mohd Islah Mohd Yusof, Nur Hakimah Md. Sallehuddin and Kamaruzaman Zali @ Ghazali

Satu lawatan akademik ke Nasyrul Quran Complex Putrajaya anjuran Kelab Nadi Bahasa Arab telah dijalankan pada 6 Mei 2023 (Sabtu), bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Seramai 32 orang pelajar dan 4 orang pensyarah telah terlibat di dalam lawatan ini. Seluruh ahli jawatankuasa Kelab Na...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yusof, Mohd Islah, Md. Sallehuddin, Nur Hakimah, Zali @ Ghazali, Kamaruzaman
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88961/1/88961.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88961/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu lawatan akademik ke Nasyrul Quran Complex Putrajaya anjuran Kelab Nadi Bahasa Arab telah dijalankan pada 6 Mei 2023 (Sabtu), bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Seramai 32 orang pelajar dan 4 orang pensyarah telah terlibat di dalam lawatan ini. Seluruh ahli jawatankuasa Kelab Nadi Bahasa Arab telah memberi komitmen yang baik dengan kerjasama pensyarah-pensyarah Bahasa Arab dalam menjayakan program yang juga merupakan julung kali diadakan. Pihak Nasyrul Quran Complex Putrajaya juga sangat komited dan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli kelab dan juga para pensyarah dengan menyusun pelbagai tentatif dan aktiviti menarik sepanjang lawatan tersebut. Pelbagai pendedahan dan informasi baharu mengenai sejarah penghasilan mushaf dan al-Quran di peringkat Malaysia dan seluruh dunia, proses persiapan pembikinan mushaf turut dikongsi. Selain itu, para peserta turut dibawa ke tempat proses akhir penjilidan dan semakan mushaf, ruang koleksi mushaf seantero dunia dan juga ruang pameran. Lawatan ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati dari kedua-dua pihak dan sesi bergambar bersama-sama.