Festival Bahasa 2023 (FESTBA 2023) / Syahirah Almuddin ... [et al.]

Festival Bahasa merupakan sebuah program kolaborasi di antara Persatuan Bahasa Arab (PBA) dan Eagles English Club (Kelab EAGLES) dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa Kampus Kuala Pilah yang dilaksanakan pada setiap semester. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada semester semester sebelum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Almuddin, Syahirah, Hashim, Norshida, Mohd Ali, Siti Nur Dina, Bazlan, Anis Shahira, Abdul Aziz, Nurulnabilah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88958/1/88958.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88958/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Festival Bahasa merupakan sebuah program kolaborasi di antara Persatuan Bahasa Arab (PBA) dan Eagles English Club (Kelab EAGLES) dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa Kampus Kuala Pilah yang dilaksanakan pada setiap semester. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada semester semester sebelum ini secara dalam talian dan bersemuka. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Berikutan kejayaan itu, Persatuan Bahasa Arab dan Eagles English Club sekali lagi telah menganjurkan program ini yang dikenali dengan nama FESTBA2023. Program ini telah dijalankan bermula 5 Jun sehingga 16 Jun 2023 dengan menyasarkan penglibatan daripada mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas, Johol. Terdapat sedikit kelainan dalam program FESTBA yang diadakan pada kali ini. Hal ini kerana, program yang telah dijalankan melibatkan program FESTBA di dalam kampus dan program kemasyarakatan FESTBA di Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas Johol yang melibatkan murid sekolah sebagai peserta. Pada semester Mac 2023-Ogos 2023, PBA telah menerajui program ini di bawah pimpinan Puan Syahirah Almuddin dan Puan Norshida Hashim yang merupakan penasihat PBA, bersama dengan ahli jawatankuasa PBA di bawah pimpinan Saudari Nur Fatihah Noorazlan, yang juga merupakan pengarah program FESTBA2023 kali ini. Program ini turut dijayakan oleh Puan Siti Nor Dina Haji Mohd Ali, Puan Anis Shahira Bazlan dan Puan Nurulnabilah Abdul Aziz selaku penasihat Eagles English Club.