Kerangka pengurusan aktiviti keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di Malaysia / Mohd Aariffin Mohd Taharin

Perkembangan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) berlaku dengan pantas berikutan permintaan tinggi terhadap pendidikan agama berteraskan Quran pada masa kini. Pengurusan ITS bersifat mandiri dengan kebergantungan sepenuhnya kepada sumbangan dan yuran pelajar semata-mata. Ia dilihat tidak mencukupi seterus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Taharin, Mohd Aariffin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88781/1/88781.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88781/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) berlaku dengan pantas berikutan permintaan tinggi terhadap pendidikan agama berteraskan Quran pada masa kini. Pengurusan ITS bersifat mandiri dengan kebergantungan sepenuhnya kepada sumbangan dan yuran pelajar semata-mata. Ia dilihat tidak mencukupi seterusnya mendatangkan masalah kewangan yang serius. ITS semakin kreatif mengintegrasikan keusahawanan dalam sistem pendidikan ITS masing-masing sebagai solusi kepada masalah kewangan tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah (ⅰ) Membincangkan konsep pengurusan keusahawanan dari perspektif Islam, (ⅱ) Menganalisa tahap kesesuaian aktiviti keusahawanan yang diamalkan oleh Institusi Tahfiz Swasta dan (ⅲ) Membangunkan kerangka pengurusan aktiviti keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta di Malaysia. Reka bentuk kajian bersifat kualitatif bermula analisis kandungan sorotan literatur, diikuti protokol temu bual berstruktur terhadap pengusaha ITS terpilih dan pakar keusahawanan secara bersemuka/atas talian, seterusnya data-data temu bual telah dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti 9.