Boost Up Your Mathematical Skills Workshop / Rafizah Kechil

Futher Calculus for Engineer (MAT480) adalah salah satu kod kursus matematik yang perlu diambil oleh pelajar Kolej Kejuruteraan Awam di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pada semester Oktober 2022 – Februari 2023, 30% pelajar telah gagal kursus ini. Oleh itu, bagi memastikan pelajar pada semester Mac 2...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kechil, Rafizah
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan e-Buletin JSKM 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88197/1/88197.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88197/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Futher Calculus for Engineer (MAT480) adalah salah satu kod kursus matematik yang perlu diambil oleh pelajar Kolej Kejuruteraan Awam di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pada semester Oktober 2022 – Februari 2023, 30% pelajar telah gagal kursus ini. Oleh itu, bagi memastikan pelajar pada semester Mac 2023 – Ogos 2023 mendapat keputusan yang baik, satu program yang dinamakan Boost Up Your Mathematical Skills Workshop yang melibatkan tujuh orang pensyarah Jabatan Sains Komputer dan Matematik dan 132 pelajar telah diadakan sepanjang tiga minggu pertama kuliah. Program Boost Up Your Mathematical Skills Workshop ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran matematik pelajar dan memperkukuhkan asas mereka dalam subjek MAT480. Program Boost Up Your Mathematical Skills Workshop ini dijalankan selama tiga minggu pada semester Mac 2023 – Ogos 2023. Program ini melibatkan tujuh orang fasilitator yang terdiri daripada Puan Rafizah Kechil, Puan Sharifah Sarimah Syed Abdullah, Cik Nur Azimah Idris, Puan Noor Azizah Mazeni, Puan Mahanim Omar, Puan Chew Yee Ming dan Encik Mohd Syafiq Abdul Rahman. Program ini mendapat peruntukan RM150 daripada Tabung Amanah Pembangunan Akademik (TAPA). Oleh kerana bengkel diadakan dalam bulan Ramadhan, fasilitator berbesar hati menyumbang RM595 untuk membeli juadah berbuka puasa kepada pelajar.