Free Market 5.0 #ramadhanraya / Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri

“FREE MARKET 5.0 #RAMADHANRAYA” telah dianjurkan oleh Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 10 dan 11 April 2023 yang lalu. Program ini adalah kesinambungan daripada Free Market 4.0 yang berlangsung pada bulan Januari yang lepas. Jabatan S...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan e-Buletin JSKM 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88195/1/88195.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88195/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:“FREE MARKET 5.0 #RAMADHANRAYA” telah dianjurkan oleh Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 10 dan 11 April 2023 yang lalu. Program ini adalah kesinambungan daripada Free Market 4.0 yang berlangsung pada bulan Januari yang lepas. Jabatan Sains Komputer (JSKM) tidak pernah melepaskan peluang untuk turut menyertai program ini seperti yang diminta oleh pihak MASMED bagi memeriahkan lagi program tersebut. Program ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada pekerja pembersihan atau “cleaner” iaitu kebanyakkannya adalah daripada golongan asnaf dan B40 serta kepada warga UiTM yang berminat. Konsep program ini adalah mengumpul barangan terpakai yang masih elok dan disumbangkan kepada yang berminat secara percuma. Free Market 5.0 kali ini bertemakan RamadhanRaya kerana ia berlangsung pada bulan Ramadhan 1444H. Ini merupakan Free Market kali kedua yang berlangsung pada bulan Ramadhan. Oleh itu, ramai staf JSKM yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsi rezeki dengan menyumbang barang-barang terpakai seperti pakaian, barang-barang hiasan, buku serta wang bagi membeli barang-barang makanan untuk diagihkan kepada para pelajar serta pekerja ‘cleaner’ yang ada. Secara tidak langsung, barangbarang yang disumbangkan boleh digunapakai untuk keperluan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.