Canteen Day by HADRAH 2023 / Suria Sulaiman, Zarifah Mohd Zain and Norliana Hashim

“Berkongsi Rezeki Tanda Kesyukuran” Program HADRAH merupakan program khidmat masyarakat tahunan anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seperti maksud HADRAH - Hadiah Ramadhan dan tagline ‘Untukmu KeranaNya’, program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Suria, Mohd Zain, Zarifah, Hashim, Norliana
Format: Monograph
Language:English
Published: Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87904/1/87904.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87904/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:“Berkongsi Rezeki Tanda Kesyukuran” Program HADRAH merupakan program khidmat masyarakat tahunan anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seperti maksud HADRAH - Hadiah Ramadhan dan tagline ‘Untukmu KeranaNya’, program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi nikmat dan rezeki bersama masyarakat setempat agar mereka boleh merasai nikmat kemuliaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Untuk kali kedua, pihak FPHP berkolaborasi bersama MASMED UiTMCPP melalui program Canteen Day by HADRAH 2023 bagi tujuan pengumpulan dana, serta memeriahkan aktiviti keusahawanan oleh mahasiswa FPHP. Program ini dijalankan selama empat hari iaitu pada 21 – 22 Mac 2023 dan 30 – 31 Mac 2023, bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang bertempat di bangunan K Shoppe UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seperti tahun sebelumnya, program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga UiTMCPP memandangkan ia menyediakan variasi juadah kepada pelanggan dengan konsep membeli sambil beramal. Secara tidak langsung, program ini bukan sahaja mampu melatih sifat keusahawanan dalam diri warga FPHP, malah melatih mereka untuk membudayakan amalan sedekah dan berkhidmat kepada masyarakat setempat. Para mahasiswa juga dapat mengasah bakat dalam bidang keusahawanan di mana mereka dapat mempelajari strategi pemasaran dan komunikasi dua hala bersama pelanggan. Seratus peratus hasil jualan sepanjang empat hari berjumlah RM3820.00 disumbangkan kepada Tabung HADRAH 6.0 dan seterusnya disalurkan kepada pengurusan Masjid Seberang Jaya.