Penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak / Chaplin Iba ... [et al.]

Hari ini, tidak dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit semakin penting di dalam kehidupan kita, terutama sekali dalam aspek perhubungan seharian. Dengan adanya telefon bimbit, seseorang itu akan dapat dihubungi bila-bila masa sahaja tidak kira masa dan sempadan asalkan dia berada dalam jangkauan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Iba, Chaplin, Marzuki, Dayang Zurianie, Anye, Einstein Edward, Jacob, Lynnex Chester, Hantin, Noraspalila, Ijmaen, Nur Muharima
Format: Student Project
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87449/1/87449.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87449/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hari ini, tidak dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit semakin penting di dalam kehidupan kita, terutama sekali dalam aspek perhubungan seharian. Dengan adanya telefon bimbit, seseorang itu akan dapat dihubungi bila-bila masa sahaja tidak kira masa dan sempadan asalkan dia berada dalam jangkauan penyedia perkhidmatan rangkaiannya. Namun, penggunaan telefon bimbit kini bukan sahaja diminati oleh golongan dewasa atau golongan yang berkemampuan, tetapi sekarang golongan kanak-kanak pun turut merasakan bahawa telefon bimbit semakin penting dalam kehidupan mereka, dan ini turut melibatkan pelajar hari ini yang merasakan penggunaan telefon bimbit sangat penting dalam kehidupan mereka. Perkara ini bukan perkara baru kerana sebelum ini golongan remaja khususnya pelajar tergila-gila dengan telefon bimbit sehingga mereka sanggup menghabiskan wang ringgit demi mencapai impian mereka untuk membeli aksesori bagi perhiasan telefon bimbit mereka atau membeli telefon bimbit baru. Kajian kami ini mengetengahkan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar khususnya pelajar di Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak. Tujuan kami membuat kajian ini adalah untuk mengkaji dan menyelidik sejauh mana kepentingan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar. Melalui kajian kami ini, kami mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit di kalangan responden, khususnya pelajar di kawasan kajian kami ini adalah penting dan ianya merupakan suatu keperluan dan bukannya lagi sebagai suatu kehendak yang harus dipenuhi. Di samping itu, berkenaan dengan fenomena baru ini, kami ada menerima maklumbalas daripada responden dan menjadikannya sebagai suatu penyelesaian bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit di kalangan para pelajar.