Healing travel / Nur Aliah Mansor, Mazne Ibrahim and Siti Salina Saidin

#Healing: Terma yang sinonim dengan tren media social masa kini. Setiap hujung minggu, garis masa media sosial akan dihujani oleh tanda pagar #healing. Hantaran (posting) #healing pastinya diambil berlatarbelakangkan kawasan rekreasi diserata negara. Kawasan-kawasan rekreasi dalam Malaysia menjadi t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mansor, Nur Aliah, Ibrahim, Mazne, Saidin, Siti Salina
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87439/1/87439.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87439/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:#Healing: Terma yang sinonim dengan tren media social masa kini. Setiap hujung minggu, garis masa media sosial akan dihujani oleh tanda pagar #healing. Hantaran (posting) #healing pastinya diambil berlatarbelakangkan kawasan rekreasi diserata negara. Kawasan-kawasan rekreasi dalam Malaysia menjadi tumpuan bagi orang tempatan dan juga pelancong domestik yang datang dari pelbagai latar belakang dengan tujuan utama, iaitu #healing. Perkataan tren #healing datang dari istilah self-healing. The Berkeley Well-Being Institute mentakrifkan self-healing sebagai proses pemulihan daripada penyakit atau keadaan yang tidak sihat, biasanya dikaitkan dengan emosi yang tidak stabil. Mereka juga mendapati bahawa self-healing juga mencakupi masalah kesihatan fizikal, kerana kesihatan emosi dan fizikal seseorang adalah saling berhubungan. Sejak Malaysia memasuki fasa pascapemulihan, tekanan di tempat kerja semakin dirasakan akibat perubahan dalam menjalani tugasan pejabat dan kehidupan harian selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP telah memberikan impak negatif terutama dalam keperluan sosial. Sebelum ini, kehidupan kita didorong oleh interaksi sosial seperti makan tengah hari bersama rakan sekerja, bertemu dengan rakan selepas waktu kerja, dan memenuhi jemputan majlis perkahwinan saudara-mara. Namun, semasa PKP, segala pertemuan secara fizikal terpaksa ditangguhkan.